Patutlah sangat, Gobind Singh Deo risaukan akan kewibawaan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Gobind sebenarnya bernasib baik menduduki tempat kedua pada pemilihan DAP Selangor hanya kerana terdapat 522 perwakilan tidak hadir.
Jika daripada 1,221 perwakilan DAP Selangor yang layak mengundi, hanya 699 sahaja hadir dan jumlah tidak hadir itu hakikatnya mengatasi undi diterima Gobind iaitu hanya 491.
Sepatutnya Gobind wajib berani mencabar sekretariat DAP Selangor dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentang ke mana hilangnya 522 perwakilan ini?
Siapakah dalang yang menyebabkan hampir 43 peratus perwakilan tidak hadir dan mengundi? Kalau bukan kerana ada dalang kenapa 43% ini tidak dibenarkan bersuara untuk menjelaskan situasinya yang sebenar?
Sikap dwistandard juga pernah berlaku ketika Gorbind dan bapanya, Karpal Singh bekerja keras manipulasikan kes liwat Anwar Ibrahim walaupun dulunya mereka antara yang yakin Anwar cenderung ke arah itu.
Jangan kita lupa, Karpal pada 22 Oktober 1997 pernah membuat kenyataan di Dewan Rakyat bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam kes liwat dan mengaku ada bukti.
Tetapi bila timbul kes liwat terbaharu pada 2008 membabitkan Anwar dan Saiful Bukhari Azlan, Karpal membuat pusingan 'U' dengan menjadi peguam bela kepada Anwar. Emm agak-agak tawar menawar yang boleh melembutkan Karpal Gorbind sehingga sanggup buat pusingan U?
Bukankah sikap hipokrit Gobind persoal pendirian ROS yang tidak mengiktiraf pemilihan CEC (Jawatankuasa Eksekutif Pusat), sama dengan kerisauan Guan Eng yang juga terdesak memikirkan kedudukan legasinya?
No comments:
Post a Comment