Dalam kalang-kelibut Dr Xavier Jeyakumar menyelar usaha PAS yang antaranya melibatkan Nasruddin Hassan melancarkan gerakan mempertahankan Khalid. "Kenapa orang luar Selangor nak masuk campur hal Selangor baca sini dan Rafizi sedap-sedap mengwar-warkan DUN bakal terbubar jika Khalid gagal berundur. Datang pula suara Mustafa Ali memperbodohkan isu PRU13????
Anda faham tak maksudnya? Baca dibawah ini:
PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada The Malaysian Insider.
Mustafa mengulas kenyataan Rafizi malam tadi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada Umno itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.
Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi.
"Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar.
"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin Umno, Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," kata ahli Parlimen Pandan itu.
"Saya tidak mahu berkata banyak tentang kenyataan Rafizi itu, hanya itu saja dulu," kata Mustafa ketika mengulas mengenainya.
Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam kenyataannya berkata tindakan parti itu mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri bertujuan memecahkan sokongan kuat Melayu luar bandar terhadap Umno.
"Anwar tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, lalu cadangan itu 'tutup buku' tanpa ada sebarang pengumuman," kata Zuhdi dalam Facebooknya.
Katanya, cara itu lebih bermoral untuk mengemukakan apa-apa langkah politik dalam Pakatan dan berkata:"Bukan buat pengumuman dulu seolah-olah dia seorang yang memegang kuasa veto, kemudian paksa rakan lain terima dengan pelbagai cara, mempengaruhi keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan."
Pakatan berjaya mendapat sokongan undi popular dalam PRU13 tetapi gagal berkuasa di Putrajaya apabila BN melalui Umno menang banyak kerusi di luar bandar iaitu di kalangan undi Melayu. – 6 Ogos, 2014.
No comments:
Post a Comment