Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 6 August 2014

Sidang Media Sokong @DrWanAzizah Kecoh Haru Biru



Sidang media PKR Selangor yang sepatutnya dibuat untuk menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menjadi kelam-kabut apabila kenyataan media bertulis dengan mesej lain, turut diedarkan di majlis itu.


Sidang yang diketuai Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin itu menyatakan semua ADUN, anggota Parlimen dan ketua cabang negeri, kecuali Pengerusinya Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyokong sepenuhnya keputusan parti itu.



Kenyataan media yang diedarkan semasa sidang media berlangsung pula menyatakan "Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Selangor", mencadangkan dua nama iaitu Azmin dan Wan Azizah sebagai menteri besar menggantikan Khalid.



"Itu bukan kenyataan kita. Kenyataan rasmi kita seperti yang saya katakan di sidang media tadi," kata Zuraida ketika dikerumuni wartawan yang mahukan penjelasan perkara itu.



Zuraida dan beberapa lagi pemimpin negeri berkata perkara itu mungkin perbuatan "sabotaj" oleh pihak tertentu.


Ketika sidang media hampir berakhir, media menerima kenyataan kedua yang didakwa palsu itu dari bahagian belakang dewan sidang media.

Selepas diberitahu media bahawa kenyataan media yang diterima berlainan, Zuraida menyatakan beliau tidak tahu menahu dan mendesak pihak yang bertanggungjawab until tampil memberi penjelasan.

"Siapa yang edarkan sila tampil beri penjelasan," tegas Zuraida apabila suasana memuncak.

Ketika kelam-kebut itu berlaku ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Yahya Saari mengeluarkan kenyataan mendakwa mungkin pihak "wartawan yang mengedarkan kenyataan media" kontroversi itu.

Bagaimanapun selepas dibantah keras oleh pihak media yang hadir beliau meminta maaf dan menarik kenyataan itu.

"Kita akan tengok CCTV selepas ini," kata beliau.

Azmin berkecuali

Sementara itu Zuraida menyatakan pihak beliau tidak memasukkan Azmin sebagai menyokong pencalonan Azizah kerana penyandang timbalan presiden parti itu mengambil sikap berkecuali.

"Dalam kenyataan media ini kita tidak meletakkan Cabang Gombak (Azmin) kerana kita percaya beliau sebagai timbalan presiden berhak membuat kenyataannya sendiri.

"Dalam masa sama, Azmin masih belum selesai menghadapi pemilihan jawatan dalam parti," kata beliau.

Kenyataan itu disokong 36 pimpinan parti iaitu 18 ketua cabang, enam ahli Parlimen dan 12 ADUN kecuali Khalid dan Azmin.

Xavier: Orang luar jangan campur

Sementara itu ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar menyelar usaha PAS yang antaranya melibatkan Nasruddin Hassan melancarkan gerakan mempertahankan Khalid.

"Kenapa orang luar Selangor nak masuk campur hal Selangor.

"Saya nak beritahu PAS apabila menteri besar Kedah dipilih ia di bawah kuasa PAS. Di Pulau Pinang itu kuasa DAP, begitu juga Kelantan milik PAS. Di Selangor kita dah ada persetujuan di peringkat pakatan bahawa jawatan MB milik PKR.

"Jadi biar PKR yang buat keputusan siapa yang jadi MB Selangor. Saya harap ia akan terus diikuti pada masa akan datang juga," kata beliau.

#PPM Note nampaknya dah makin hampir tarikh luput Anwar dan PKR.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here