Hakikatnya tindakan yang tidak bertanggungjawap dari Pakatan Rakyat telah menghina etnik Suluk yang merupakan sebahagian dari warga negara Malaysia.
Rakyat tidak sepatutnya terhasut dengan politik kotor ini kerana projek IC sebenarnya satu inisiatif terbaik kerajaan untuk menagani isu keselamatan selain mengimbangi kependudukan masyarakat islam dan bukan islam di Sabah.
Mengikut sejarah pada 1972, projek IC bertujuan meneuteralkan orang Sulu yang bersenjata pada perang 1972 dan ketika itu orang Sulu Sabah membawa masuk senjata dengan sewenang-wenangnya terutama di kawasan Sandakan.
Kerajaan bukannya suka-suka membuat keputusan untuk melaksanakan projek IC tetapi dibuat berdasarkan undang-undang sedia seperti perkara 9 dalam undang-undang pendaftaran negara.
Jika kita meneliti perkara 19, Tun Dr Mahathir telah menggambil tindakan tepat demi memastikan keamanan negara terutama di Sabah.
Jika Etnik Suluk tidak diberi IC hingga sekarang akan mengakibatkan krisis yang sedang berlaku di Lahad Datu menjadi 30 kali ganda lebih sukar kerana Etnik Suluk sedia ada agak mustahil akan ada rasa setia kepada negara dan mungkin berpaling tadah menyebelahi pengganas. Alasannya mudah mereka bukan warga di Iktiraf Malaysia.
Bukankah tindakan Tun Dr Mahathir terbukti kena pada ketika krisis sedang berlaku di Lahad Datu ketika ini? Ini jelas membukti Tun Dr Mahathir seorang yang amat berpandangan jauh melebihi Anwar yang sekadar kepala perosak negara.
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment