Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 13 March 2013

Ops Daulat Kesultanan Sulu Palsu Mula Gementar Dengan Keupayaan ATM Dan PDRM Malaysia

Penceroboh Sulu pertimbang 'pengunduran'Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, telah menghantar wakil untuk bertemu kerajaan Filipina bagi membincangkan "pengunduran" pengikutnya daripada pertempuran bersenjata di Sabah.

Menurut Interaksyon yang berpangkalan di Manila, pertemuan dua jam antara saudara lelaki Jamalul Kiram -- Sultan Bantilan Esmail Kiram II - dengan Menteri Dalam Negeri Manuel Roxas II itu berlangsung di ibu pejabat polis kebangsaan di bandar Quezon hari ini.

Roxas berkata, isu "pengunduran" antara yang dibincangkan dan kemungkinan besar hasilnya akan menyaksikan pengikut Jamalul Kiram meletakkan senjata.

"Antara yang dibincangkan, contohnya, ekoran pemimpin Malaysia secara terbuka menyatakan meletakkan senjata satu-satunya cara untuk menamatkan pertempuran, jadi, salah satu persoalan mereka tentang cara dan mekanismenya," Roxas dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Roxas berkata, Bantilan Esmail Kiram II juga dimaklumkan berhubung hasrat Manila bagi memastikan keselamatan rakyatnya di Sabah.

SEDIA TAMAT KRISIS
Esmail pula berkata, pertemuan dengan Roxas menunjukan kesediaan mereka menamatkan krisis Lahad Datu secara aman, lapor akhbar Philippine Inquirer, semalam.

Esmail mendakwa Kerajaan Malaysia juga menjemputnya ke Sabah supaya memujuknya ketua penceroboh, Agbimuddin meletak senjata.
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here