Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 16 April 2014

Video Cubaan Wardina Aibkan Ustaz Don Penyebar 5 Hadis Palsu

Perhh berani betul Wardina bangkit pertikaikan keilmuan Ustaz Don. Walaupun dirinya sendiri tidak pasti samaada kesahihan yang boleh menuduh Ustaz Don menyebarkan hadis Palsu?

Dalam kenyataannya di Facebook Wardina cuba meluahkan dengan cukup berhati-hati:

Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama'..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah... It is an amazing mukjizat on its own. We don't need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran.
Kononnya dia mahu menjaga hati Ustaz Don sambil mengaibkan kelimuan Ustaz Don. Sukar untuk dipercaya buat seorang artis yang pernah seksi giler sekarang bertudung dan terus jadi ustazah sehingga ketahap bangkitkan isu hadis palsu dari seorang ulama terkenal.

Kalau dia ada hujah tidak apalah juga tetapi tak ada? Malah bila pengikut fanpages menegur ini cubaan mengaibkan Ustaz Don dia jawap dia nak kepastian. Bayangkanlah jika seorang ulama diaibkan dengan video penyebar 5 hadis palsu? Lihat kenyataan yang Wardina sebarkan secara buta tuli (rujuk sini untuk lihat video dimaksudkan)

KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL...
Mana2 yg sekadar dtg kat wall ni nak ckp :
1.Ini aib
2.Mengumpat
3.Pergi jumpa dulu face to face
4.Ini cela ulama
5.Ini ustaz dh kira bnar
Maka baca dulu riyadhus salihin bab ghibah yg dibenarkan dlm islam
Saya juga tak teragak2 utk BLOCK siapa saja yg berkata 5 benda yg dh pun jadi modal lama...Bab penyelwengan dlm agama ISLAM wajib yg tahu sebarkan...
Please sy akan terus blok siapa yg dtg ke rumah saya buat benda yg dilarang...
Jika ada hujah berikan secara ilmiah bahawa don daniyal ni mmg sedang membawa kebenaran...
Must See sampai habis video ini...
Mohon rakan2 doakan Encik DOn supaya kembali kpd quran dan sunnah bukannya dengan aqal dan hawa nafsu serta ikut kalam tok sheikh yg jauh dgn quran dna sunnah...
Hentikan menyebarkan hadis2 palsu..Takutlah ancaman dari nabi s.a.w apabila berbohong ats nama baginda maka tempatnya di bangku neraka...
Pendustaan ini cukup berat sampai kini DON belum menjawabnya berkenaan hadis mana yg dia sebutkan,dalilnya mana ???
Please hentikan pembohongan kesian pd org ramai yg anda dh tipu mereka mentah2...

Salah satu komen PPM tertarik yang anda boleh anda baca di link PPM berikan:

kisah 1 : bani tamim tanah melayu
ianya teori, dan ust danial pun cakap dalam video personal dia boleh diterima dan ditolak. dalam video kompilasi tu pun ada sebut kalau salah sila bagitau dia. 
boleh semak kitab hadis, ya, banyak. semua kitab muktabar ada sebut pasal nukilkan riwayat pasal bani tamim, termasuk soheh bukhari. dalam soheh bukhari disebut dengan jelas bani (kaum/bangsa) tamim ini nabi suka kerana salah satunya adalah paling kuat menentang dajjal. dengan kata lain bila digabungkan dengan hadis2 akhir zaman, termasuk dengan kebangkitan dari timur, dajjal hanya diperangi oleh Imam Mahdi, maka bani tamim adalah pengikut imam Mahdi. kitab hadis kalau semata-mata baca kitab yang enam (kutub sittah) tak lengkap tanpa syarahannya. bacalah juga kitab syarahan kepada kutub sittah, insyaAllah, semua ni boleh dijumpai. 
ta+mim = tanah melayu tu tenungan dan fikiran dan teori dari pemikir, pengkaji dan ulamak, ayat yang dah takdak kena mengena dengan hadis. teori dan pendapat, boleh diterima dan ditolak. betul atau salah, tunggulah zaman Imam Mahdi nanti (aku takut aku sesat dalam fitnah dajjal di zaman itu maka aku harap aku hidup sehingga sebelum zaman itu atau aku diberi kekuatan bagi menghadapi zaman itu).

Ini menyebabkan Wardina terpaksa keluarkan posting baru untuk tutup malu dihedik masyarakat.
Sebenarnya Wardina ini nak pulihkan pengaruhnya laa kot sebab masa PRU13 nak sangat jadi menteri tetapi orang abaikan.



14 comments:

Anonymous said...

i never like her

Anonymous said...

Serangan wahabi style.

Anonymous said...

Kes sel-sel otak tak berhubung. Kena minum susu anak supaya sel-sel otak boleh berhubung. Barulah berfikiran waras.

Anonymous said...

Anon 12:30.. tergolek aku gelak

Anonymous said...

Mungkin ramai tidak sedar bahayanya riwayat dan hadis palsu ... kisah-2 dongeng ala kartun Walt Disney yang dilabelkan dengan nama agama, disebarkan oleh mereka yang bergelar ustaz lebih-2 lagi yang popular .. ini sangat bahaya untuk masyarakat ... tiada kompromi untuk mereka yang membawa hadis palsu ... saya percaya banyak teguran secara berdepan telah dilakukan namun sikapnya masih tidak berubah ... tiba masa untuk masyarakat sedar dari siapa mereka harus mengambil ILMU ... dan siapa yang patut dijauhi ...

Anonymous said...

Anon 16 April 2014 14:29

maybe kene ambil ilmu dr ustajah Abbi ngn ustajah sel2 otak berhubung kot....

Anonymous said...

perempuan murahan

mimi said...

Kalau wardina cakap tu betul...ustaz don kena terima...lagi satu ustaz bukan maksum....mesti tak lari dpd kesalahan....tapi berapa ramai nak mengaku...sekurang2nya org macam wardina ni wujud...maka ustaz2 lain pun akan ada kesedaran bahawa ada masyarakat yg celik ilmu walaupun bukan ahli agama....malaysia kena open...terutama mentaliti melayu yg tak suka kena tegur

Unknown said...

mimi: tp biarlah menegur dgn adab dan tabayyun dahulu...sesama ulamak sndr pasti ada perbezaan,tp beze dgn org awam...mereka saling menjaga adab...ana xksh kalo mahu menegur para asatizah mane2 pn...tp biar dgn tabayyun secara peribadi dahulu...bkn secara terang2 begini...

setiap manusia memang akn ada kesilapan...yg membeza kn kita adalah bagaimana cara kita atasi nya....cr kita menegur...open tu blh...tp biar dgn ilmu dan adab nya

Anonymous said...

Kalau mimi cakap tu betul...wardina kena terima...lagi satu wardina bukan maksum....mesti tak lari dpd kesalahan....tapi berapa ramai nak mengaku...sekurang2nya org macam kami ni wujud...maka wardina dan mimi pun akan ada kesedaran bahawa ada masyarakat yg celik ilmu walaupun bukan ahli agama....malaysia kena open...terutama mentaliti melayu yg tak suka kena tegur

mimi said...

Wardina kena ubah cara menegur....
Dan para ustaz kena terima teguran sama ada dpd sesama ahli agama mahupun orang awam...kerana fakta tetap fakta...melayu bukan macam.dahulu boleh diperbodohkan...alquran dan sunnah mukjizat yang terbaik daripada allah yang tak perlu ditokok tambah dengan cerita2 misteri nusantara...

Wallahualam

Unknown said...

X salah tegur, tapi tegur tu x perlulah d sebar kan.. Blh brjumpa,bagi pandangan depan2,dan ustaz don blh terima.. Ni x buat video edit.. Klau wardina di tmpt ustaz don psti akan terasa begitu jgk.. Pandangan sy, maaf..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam semua dah dgr ker penjelasan video dri ustaz don kalo blom boler sila dgr la yer , ni lagi satu sapa dia bdk pom nama nor putri dayana nii yg buat video edit sampi ustazah muslimah wardina boler terjebak sekali dlm hal ni,apa motif bdk ni buat video edit ni,betul ker nama dia tuu atau fake name shjer,kena siasat ni. so kalo korg tak puas ati lagi boler gi jumpa usataz don tanya dia sendiri, yerla korg semua kan ilmu hebat2 kann heheh.

Isu Terkini

get this widget here