APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.
Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:
1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.
2- Proton Suprima S adalah satu contoh model yang direka sendiri. Tidak meniru hasil orang lain. Namun bagaimanakah prestasi jualannya? Tidak memberangsangkan. Pengkritik tetap membandingkan Proton dengan Honda, Kia Rio dan seumpamanya. Tapi apabila model yang dikeluarkan mirip Honda, mereka mengutuk pula. Perkara ini saya membuatkan saya tidak faham.
3- Ramai pengkritik tidak memahami hakikat industri automotif yang ‘super-kompetetif’. Kilang Mitsubishi di Australia pada tahun 2006 pernah ditutup selama empat minggu kerana tiada permintaan. Majikan lama saya, Ford Australia di Geelong baru-baru ini telah mengisytiharkan mereka akan menutup kilang mereka mulai tahun 2016 kerana mengalami kerugian yang cukup besar, di mana mereka telah mengumpul kerugian sebanyak AUD$600 juta sejak 5 tahun kebelakangan ini. Ford telah bertapak di Australia selama 90 tahun, jadi bagaimanakah pula agaknya Proton yang hanya 1/3 usia berbanding Ford Australia berdepan dengan cabaran ini?
4- “Rebadging” atau penjenamaan semula bukanlah sesuatu yang aib dalam industri automotif. Pengeluar kereta terbesar dunia, General Motors (GM), telah melakukan strategi ini terhadap puluhan model kenderaan mereka. Cuba bandingkan Chevrolet Tahoe dengan Cadillac Escalade, dan Chevrolet Lumina dengan Holden Redline, kita akan nampak jelas bahawa perbezaannya hanya pada lambang jenama dan hiasan dalaman. Benar, jenama-jenama ini di bawah satu syarikat yang sama iaitu GM, namun dari sudut strategi, tidak ada bezanya antara kedua ini. Bahkan kritikan yang sama tidak pula diberikan kepada Perodua di atas strategi mereka “rebadging” model Myvi dan Daihatsu/Toyota, hanya kerana mereka ada kerjasama rasmi dengan Toyota. Model Perdana yang baru ada kerjasama dengan Honda bahkan Saga yang pertama dahulu pun ada kerjasama dengan Mitsubishi. Kritikan yang “pilih kasih” menyebabkan Proton menjadi ibarat “punching bag”. Buat apa pun dikira salah.
5- Mungkin yang terbaik ialah tutup sahaja Proton, agar tidak ada lagi “punching bag” tempat melepas geram dan kemarahan. Mungkin yang terbaik ialah rakyat Malaysia hidup seperti negara Timur Tengah yang hanya menjadi pelanggan kepada jenama-jenama kereta terbaik dunia. Tak payah susah-susah buat kereta sendiri.
Namun saya rasa seandainya Proton ditutup, akan wujud laungan kemarahan yang baru iaitu “Mengapa Malaysia tidak ada kereta sendiri?”
Akhir kata, saya mengharapkan satu perubahan dalam mentaliti sesetengah rakyat Malaysia. Buat pengetahuan semua, saya sendiri tidak pernah membeli Proton, tetapi saya mengambil sikap berpada-pada dalam kritikan dengan mengetahui besarnya cabaran syarikat kecil Proton dalam persaingan industri automotif dunia. Dengan cabaran masa kini, Proton tak “bungkus” pun dah kira mujur.
Ya betul, jika anda tidak menyukai Proton atau merasakan Proton tidak sesuai dengan gaya hidup anda, tak perlulah membelinya. Tindakan anda tidak membeli Proton telah pun memberi mesej jelas “Saya tak suka Proton”. Namun, yang saya kecewa ialah sikap sesetengah insan yang sudahlah tidak membeli Proton, malah melemparkan cemuhan dan kebencian yang amat kepada Proton, sehinggakan orang yang asalnya ingin membeli Proton pun tak jadi membelinya. Ini ibarat mencurah cuka ke dalam luka.
Engr. Hj Norzafry B Norhalim
Mantan Presiden Pembina
Norzafry adalah seorang jurutera muslim berjiwa besar, merupakan graduan kejuruteraan di sebuah universiti di Australia. Kini berkhidmat di salah sebuah syarikat besar di Arab Saudi. Pernah menjadi Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) bagi tahun 2011/2012.
#notePPM.. Kredit kepada shahalamrebels.blogspot.com
#notePPM.. Kredit kepada shahalamrebels.blogspot.com
11 comments:
mana yg lebih penting? rakyat Malaysia 28 juta ke atau beberapa ribu pekerja Proton.......kalau kualiti tinggi (walau teknologi kebelakang)rakyat tak juga marah sangat...ni kualiti pun ke laut...suruh org 'sayang' proton lagi? mimpi ke apa ni?
Pukimak punya proton..seriap tahun mencatat kerugian ratusan juta..pastu yg lebur duit rakyat nak tanggung.buat kereta mcm celaka lansung xde kualiti..kalu kereta bagus kenapa aayik rugi?
Bodoh la korang...jgn la beli proton dol...dah tau buat sakit ati...takde duit buat cara takde duit...kalau setakat gebang2 kualiti ke laut....duit rakyat lebur...mcm sial la mentaliti melayu pundek mcm ko nie...ko beli je keta cherry cina tu...pastu dok diam2...aku setuju dgn penulis artikel tu...melayu jugak...tapi melayu yg bukan mentaliti kg mcm korang...pandai komplen jer...pastu dok salahkan org lain..pada aku yg dok lebur2 duit nie sume org2 politik kotor dan kuncu2 dia...latar belakang agama Islam tapi perangai mcm kapir lahanat...bukan pasal anak2 melayu yg bertungkus lumus nak majukan industri automotive nie....mcm korang2 yg dok komplen lak....nasihat aku..BELI CHERRY...DAN DOK DIAM2...
NAK POWER UBAHSUAI LER KRETA PROTON TURRR.. SATRIA 4WD SENANG2 MAKAN GTR34 BEB.. JANGAN JADI LEMBAB.. MELAYU BANGSA ISTIMEWA KAT DUNIA NIEEE.. MALAS TAPI KALO BUAT KEJA MEMANG TERBAIK..
kena akui melayu pemalas + banyak komplen..mentaliti macam ni xkan bawak malaysia jadi negara maju..kerja xjalan mulut plak jalan lebih2..bukan nak sama2 usaha nak naikkan,nak jatuhkan plak bisnes orang melayu..ada byk ke syarikat anak2 tempatan yg buat komponen kereta?xde kan sbb mentaliti orang kita nak senang..just nak SENANG..
Saya beli proton iswara, pastu waja, jual iswara, beli exora, beli saga flx, jual waja.
so far semua ok je. power window pun baru rosak waja sekali.
Exora bold aku memang terbaik... setakat wish tu aku bg 10 second.. hehehe
Ada seorang datuk yang tinggal dihujung sebuah kampong. Datuk tersebut punyai seorang cucu lelaki yang masih kecil tapi amat petah bercakap. Juga datuk itu ada seekor keldai kesayanganya. Datuk tersebut selalu ditegur oleh cucunya didalam apa jua bentuk perbuatan datuk itu.
Pada suatu pagi, datuk tersebut telah membawa cucunya dengan mengheret keldai. Cucunya bertanya akan tujuan datuknya membawa keldai itu. Tanpa banyak bicara, datuk tersebut berpesan kepada cucunya supaya melihat dan mendengar betul betul apa yang akan dialami sepanjang jalan.
Datuk itu pun mulalah berjalan dengan cucunya dari rumah dengan mengheret keldai kesayanganya itu. Setiba sahaja di warung tepi jalan, datuk itu telah dicemuh oleh sekumpulan orang yang berada didalam warung tersebut. Datuk itu telah dikatakan bodoh kerana membiarkan cucunya berjalan sedangkan keldai yang diheretnya itu boleh ditunggangi cucunya.
Tidak berapa jauh melepasi warung itu, datuk tersebut berhenti dan menanyakan kepada cucunya samada cucunya mendengar apa yang diperkatakan mereka diwarung itu. Cucunya mengangguk.
Kemudian datuk tersebut menaikkan cucunya keatas belakang keldai dan mengheret keldai meneruskan perjalanan. Setibanya dihadapan sekumpulan ma’nusia, datuk tersebut dicemuh sekali lagi. Kali ini cemohan menjadi keras sedikit kerana bagi mereka datuk itu tidak berakal mengajar cucunya tidak menghormati orang yang lebih tua sebab sepatutnya cucunya yang mengheret keldai dan memberikan datuknya duduk diatas belakang keldai itu.
Sekali lagi perjalanan dihentikan seketika setelah melepasi kumpulan tadi. Datuk tersebut bertanya kepada cucunya soalan yang sama iaitu ada kah cucunya mendengar cemohan kumpulan tadi. Cucunya mengangguk.
Datuk itu kemudianya naik kebelakang keldai dan membiarkan cucunya mengheret keldai itu. Tidak jauh lepas itu, mereka berdua berjumpa sekumpulan ma’nusia yang memarahi datuk tersebut kerana membiarkan cucunya mengheret keldai.
Datuk tadi berhenti selepas melepasi kumpulan tadi dan bertanyakan lagi kepada cucunya dan cucunya menggangguk
Selepas itu datuk itu naik ke belakang keldai bersama cucunya dan meneruskan perjalanan. Sesampai pada kumpulan ma’nusi, cemohan dan gelakan mengejek dilemparkan kepada datuk tadi. Alangkah tidak berperikemaknusiaan orang tua itu bersedapan menunggang keldai yang kecil itu bersama cucunya.
Datuk tadi meneruskan perjalanan dan berhenti tidak berapa jauh dari kumpulan tadi. Sekali lagi soalan yang sama ditujukan kepada cucunya dan cucunya mengangguk.
Maka kedua mereka pun turun dari keldai itu dan memikul pula keldai itu hingga berjumpa satu lagi kumpulan. Cemuhan, ejekan, hilai dan gelak ketawa dilemparkan. Mereka mengatakan orang tua itu gila memikul keldai dengan cucunya sedangkan keldai tadi boleh ditunggangi mereka.
Berhenti yang terakhir setelah melepasi kumpulan tadi, datuk bertanya kepada cucunya sekali lagi dan cucunya juga mengangguk. Kali ini datuk tadi mengajukan satu soalan tambahan: “Sekarang apa yang perlu kita lakukan?”.
Pada pendapat aku, orang kondem kerana harga jual kereta proton tinggi. Sepatutnya kereta tempatan perlu dijual di bawah harga 40k. Tambahan pula servis proton mahal.
Design menjadi soal kedua sebab yang penting harga.
Saya secara peribadi memang tidak bersetuju dgn cadangan membina kereta sendiri iaitu kerana dasar perlindungan menyebabkan kereta ini terpaksa di jual dgn harga yg tinggi untuk menanggung kos pembuatan.
Semasa model pertama dikeluarkan harga kereta di pasaran bagi model bawah 1500 cc seperti toyota,nissan dan lain2 adalah sekitar rm15,000.00.
Proton dijual dgn harga rm17,000.00.
Model kereta jenama lain telah dihentikan pengeluaran nya utk menjaga kepentingan proton.sejak itu harganya telah naik terus menerus..bayangkan andai nya proton tiada dlm pasaran kemungkinan harga kereta tidak lah setinggi sekarang ini kerana dasar perlindungan tidak dilaksanakan dan pengeluar kereta terpaksa menawarkan harga rendah utk bersaing.ini bermakna rakyat tidak terbeban dgn pinjaman bank yg tinggi.
yg aku tak faham apa kejadahnya puak2 R&D Proton buat selama ni? beratus juta peruntukan utk R&D tp depa buat apa? sibuk berpolitik menyokong pembangkang? hasrat Tun M mewujudkan Proton adalah tepat supaya dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat dan juga dpt mewujudkan berbagai2 industri sokongan kepada Proton. Utk permulaan memang kita memerlukan perlindungan untuk memastikan industri kereta kita boleh bertahan. Tp kalau macam ni kerja R&D Proton, aku rasa 100 tahun lg pun takkan ada apa2 perubahan.
Aku pun memang teringin nak tengok sangat kerajaan tarik balik perlindungan atas Proton ni. Nak tengok macamana nasib pekerja pekerja Proton yg selama ni kuat sangat menentang kerajaan yg dok fikir tentang kebajikan dan nasib mereka andaikata Proton lingkup.
Post a Comment