Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 13 December 2013

Ikrar Srikandi Datuk Jahara Menentang Taktik Kotor Lim Guan Eng Dan DAP

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata beliau tidak akan mengalah walaupun dilempar pelbagai tuduhan malah akan terus membangkitkan masalah rakyat pada persidangan DUN.

Wakil Rakyat kawasan Teluk Air Tawar dari Barisan Nasional (BN) itu berkata walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai gangguan daripada wakil rakyat kerajaan negeri pimpinan DAP ketika membangkitkan masalah rakyat, namun ia bukan halangan baginya.

“Tidak dinafikan tugas ini mencabar kerana terpaksa berdepan dengan wakil kerajaan negeri yang sentiasa menganggu perbahasan kami, saya terpaksa kuatkan diri, tidak dinafikan tekanannya juga tinggi, namun saya tidak akan mengalah,” katanya dalam sidang media di sini, Khamis.

Beliau berkata, walaupun dilemparkan pelbagai tuduhan termasuk ‘nenek rasis’ oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, namun beliau akan tetap berdepan dengan situasi itu bersama-sama dengan fakta dan berjuang dalam persidangan DUN.

Jahara berkata beliau sentiasa mengingatkan lapan lagi wakil rakyat BN yang lain agar tetap bersemangat untuk berbahas dan membangkitkan isu rakyat supaya kerajaan negeri tahu bahawa banyak lagi perkara yang belum selesai.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tuduhan rasis yang dilemparkan Lim terhadapnya, Jahara mendakwa perkara berkenaan merupakan strategi DAP untuk melemahkan Umno dan BN.

“Mereka cuba timbulkan persepsi kepada rakyat bahawa kita rasis,” katanya.

1 comment:

paridah said...

Bukan senang tugas yg digalasnya untuk memberi tekanan dan bangkangan terhadap ultra kiasu yg ternyata menindas bangsanya segenap sisi...kita doakan Allah permudahkan urusan n usaha murni beliau itu agar mrk merasa ada kesusasahan sedikit berhadapan dgn srikandi Melayu ini.

Isu Terkini

get this widget here