Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday, 12 December 2013

Panas Zahid Hamidi Bongkar Antara Propagada Komunis, Syiah dan Mat Sabu

Sebelum ini kita telah dengar pendedah KDN tentang apa kaitan Mat Sabu dengan syiah (klik sini) sekarang Zahid Hamidi pula mendedah Antara Propagada Komunis, Syiah dan Mat Sabu


Ajaran Syiah di negara ini tidak boleh dianggap sebagai propaganda semata-mata seperti mana gerakan fahaman komunis.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan penyebaran ajaran Syiah bukan soal propaganda dan tidak boleh disamakan dengan fahaman komunis yang telah berkubur.

Ahmad Zahid menjawap kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu dalam Harakah yang mendakwa isu Syiah hanyalah bersifat sementara seperti propaganda anti-komunis.

Mohamad berkata, propaganda anti-Syiah akan berkurangan tidak lama lagi berikutan tindakan negara barat termasuk Amerika Syarikat (AS) kembali bersahabat dengan Iran.

"Komunis telah berkubur. Ini bukan soal propaganda. Tetapi orang-orang Syiah dia mempunyai sifat yang kita panggil taqiyyah ertinya berpura-pula, melindungi, menipu dan juga bertindak seolah-olah orang itu tak terlibat. 

"Saya harap Mat Sabu tidak termasuk dalam kumpulan taqiyyah," kata Ahmad Zahid.

Beliau turut mengulas saranan Pengerusi Suruhajaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Hasmy Agam agar diadakan dialog antara Sunnah dan Syiah.

"Berdialoa untuk apa? Ini tidak ada kaitan dengan hak asasi manusia. Ini berkaitan kepercayaan, akidah dan mahzab," tegas Ahmad Zahid.

Jelas Dr. Ahmad Zahid isu Syiah di negara ini dianggap sebagai isu keselamatan negara.

"Saya hanya memandang dari aspek keselamatan kerana jika berlaku perpecahan antara Sunnah dengan mahzab lain ini menyebabkan akan ada perbincangan secara polimik," kata Ahmad Zahid. sumber Utusan

1 comment:

Lebah Hijau Langkawi said...

semua bukti dapat dari musuh Parti Islam SeMalaysia (PAS) susah sikit nak percaya.. tunjuklah video mat sabu tetak kepala sendiri sampai darah2 itu baru real syiah.. setakat puji iran saja mana boleh kesianla tok wan saya selalu puji cara cina berniaga.. tak kan tok wan saya jadi cina kot?

Isu Terkini

get this widget here