Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 21 March 2012

Menerima Atau Melawan Ramalan


Adakah Sotong Sahaja Pandai Meramal

Ramai puak-puak pembankang bersorak ria dengan ramalan Tun Daim Zainuddin yang penah meramalkan BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada PRU12-2008. Ramai jualah ahli-ahli UMNO-BN seakan putus harapan dengan kenyataan itu. Malah sudah ada yang mula memikirkan hal mereka sendiri dari perjuangan.

Adakah kita setakat itu sahaja memerhati dan merintih. Sedangkan Najib tampak tenang menghadapi segala dugaan dengan melunaskan saki baki janji-janjinya kepada rakyat. Najib bergitu bersungguh-sungguh berusaha melengkapkan Tranformasi Kebajikan Rakyat dengan menyingkir apa jua tomahan dan serangan keatas diri dan keluarganya. Najib lakukan sedemikian, demi untuk menumpukan tangungjawapnya tampa memikirkan apa nasibnya selepas PRU13. Najib pamerkan keikhlasan hati menilai, merancang, mengatur dan melaksanakan semua perancangan pembangunan sehingga kebajikan secara menyeluruh, dari golongan miskin hingga yang berada. Itulah Najib tiada penat lelah bekerja untuk rakyat.

Persoalannya dimana kita. Adakah kita berdukacita sebelum terluka sedikitpun? Atau kita beralah sebelum berperang? Soal siapa kalah siapa menang, itu adalah takdir yang menentukan. Jangan kerana takut bayangan sendiri kita lari seperti Kadir. Jangan kerana tertekan kita hilang arah punca.

Yakinlah apa yang kita perjuangkan selama ini adalah benar. Bukan sekadar bercakap-cakap kosong untuk memuaskan nafsu seperti Anwar. Bukan sekadar pakat-pakat putar belit seperti Nik Aziz. Bukan setakat berpura-pura seperti Lim Guan Eng. 

Kita perjuangkan keatas sifat seorang pemimpin yang tampil dengan kerja keras untuk membantu rakyat dengan penuh keikhlasan. Kenapa kita mesti takut dengan perjuangan berasaskan ikhlasan. Adakah kita boleh berbangga dengan berjuang dalam was-was.

Tidak guna mendabik dada mengatakan kita akan menang hingga terleka bekerja. Tidak guna kita bersuka-ria bersorak terpekik terlolong tapi penampilannya kosong. Kita sepatutnya bangun berdiri dan bertindak tampa memikir apa jua yang mendatang. Itulah dinamakan ikhlas dalam perjuangan.

Biar kalah kerana pemimpin kita ikhlas dari kalah kerana hendak memenuhi kehendak nafsu pemimpin yang tidak bertempias. Kerana kekalahan dalam keikhlasan lebih bermakna dari tabsud tidak berbatas kerana keliru dalam mainan sifat nafsu pemimpin yang mahu mengadaikan negara untuk kepentingan diri. 

Insyaallah selama ini Allah sering mengeluarkan satu persatu Qada dan Qadar, kemungkaran Anwar hinggakan berkait-kait melibatkan PAS, PKR dan DAP. Yakinlah kita bersatu diberlakang Najib Kita berjaya. Insyaallah.
BERSATU TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

6 comments:

Anonymous said...

This guy is a real born looser!!!
Sape mau ikut si Luncai terjun dengan labu-labunya???huhuhu
Sumer org tau yg kuat ikut nafsu, kuat putar belit, terror berpura-pura tak lain dan tak bukan Be End... Apa ingat semua rakyat bodoh ker??

Anonymous said...

Kita merendah bukan kerana telah kalah, kita beringat jgn jadi macam pakatan haram bukan main syoks sendiri. Biarlah keseronakan terlampau yakin mereka nanati makan diri punya.

Anonymous said...

ramalan yang perit bukanlah pertanda kita kalah, tapi anggaplah sebagai titik permulaan kita menguatkan keseluruhan UMNO-BN bekerja menuju kejayaaan

Anonymous said...

PULAU PINANG AKAN KEMBALI KE TANGAN BARISAN NASIONAL...

Anonymous said...

biar apa jua pakatan haram mempeleceh atau mana2 manusia buat ramalan ikut suaka hati mereka. Aku tetap setia berjuang dibawah najib hingga titisan nyawa terakhir

Muhammad Azraai said...

Rakyat mmg bijak.. cuma ko je yg bodoh

Isu Terkini

get this widget here