Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 20 April 2012

Anwar Janji Gajaran Besar Buat Soros

"Saya dimaklumkan Anwar juga mengambil peluang untuk bertemu dengan Soros bagi berbincang mengenai dana yang akan disalurkan kepada dalam PKR dalam persidangan tersebut. Malah, dalam persidangan itu juga, Anwar tanpa rasa bersalah turut bersetuju menandatangani surat sokongan terhadap kewujudan negara Israel semata-mata untuk mengambil hati 'tuan'nya," ujar beliau lagi.

Tidak hairanlah, ketika krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1998 dulu, Anwar yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia beria-ria mahukan negara untuk meminjam dengan institusi kewangan antarabangsa iaitu International Monetary Fund (IMF), ekoran Presiden Bank Dunia ketika itu, Paul Wolfowitz, seorang tokoh neo Conservatif Amerika Syarikat yang merupakan kawan baik beliau.

Paul Wolfowitz merupakan antara individu penting yang bertanggungjawab merencana dan menjayakan misi Amerika Syarikat dalam peperangan di Iraq ketika dia memegang jawatan Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat pada tahun 2001 hingga 2005.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar rakyat menolak Pakatan Pembangkang, terutama Anwar Ibrahim dan PKR yang sanggup menjual maruah bangsa dan negara, semata-mata untuk mencapai matlamat politik mereka.

"Mereka yang menerima tajaan dana asing ini bagi saya merupakan pengkhianat kepada negara. Mereka sedar akan risiko dan implikasi yang bakal dihadapi oleh rakyat dan negara dengan menerima dana tajaan asing ini namun, mereka tidak peduli.

"Janji matlamat Pakatan Pembangkang menawan Putrajaya tercapai dan mimpi Anwar untuk bergelar sebagai Perdana Menteri Malaysia menjadi kenyataan," katanya. -MediaUMNO

No comments:

Isu Terkini

get this widget here