Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 12 April 2012

Ayat "Kalau" Anwar Memang Berbisa

Jika anda sering mengikuti siri bagaimana Anwar berceramah atau berinteraksi dengan rakyat. Perkataan kegemarannya ialah "Kalau" dan "Percaya sama saya" itulah gayanya Anwar menabur janji-janji manisnya. Mari imbas kembali trajedi kampung Buah Pala dianayai dari ayat-ayat manis Anwar:

"You semua kena percaya saya"
"Kalau dua minggu sudah menang"

Itulah ayat-ayat yang "power" terkeluar dari mulut Anwar untuk menyakinkan penduduk kampung Buah Pala yang kononnya Anwar Ibrahim menolong mendapatkan hak menetap di kampung tersebut. Tetapi ayat "Kalau" Anwar Memang Berbisa, selepas Pakatan Haram benar-benar memerintah Pulau Pinang apa yang terjadi, Kampung Buah Pala didatangi jentolak meroboh setiap rumah penduduk kampung dan mengusir mereka tinggalkan kampung tampa apa-apa pembelaan. Itulah gaya-gaya auta Anwar. Rakyat perlu menghindar menyambut perkataan "Kalau" Anwar sebelum anda jadi mangsa seterusnya.

Sebab itu dalam UMNO BN tidak penah menggunakan perkataan "kalau" untuk menutup apa permasalahan yang bangkit. DS Najib biasanya ambil masa sedikit untuk bertenang dan meneliti sebaik mungkin ,sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada umum. Jika perkara tersebut mampu dilakukan DS Najib akan mengumumkan seberapa segera dan jika itu diluar kemampuan kerajaan berkata tidak mampu, tetapi dalam masa yang sama kerajaan tetap mengkaji bagaimana untuk mengurangkan sedikit beban masalah tersebut.

Anwar sekarang berkata:
Kalau Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia. dalam masa 24jam harga minyak diturunkan
Bayangkanlah 24jam hendak turun harga minyak, boleh percaya ke tahap auta setinggi itu. Bagaimana dengan janji menghapus tol Pulau Pinang sampai sekarang senyap sepi?

Kalau Pakatan Rakyat diberi hak memerintah, kita akan hapuskan PTPTN.
Inilah janji dengan alasan mengunakan wang petronas. Alamat bankraplah Petronas kalau semua subsidi dia saja kena tangung ditambah dengan PTPTN sehingga RM43 bilion lagi

Kalau Pakatan Rakyat memerintah semua benda selesai
Apa yang selesainya, masalah kat Selangorku itu berapa tahun dah tidak selesai-lesai, cuba-cuba rakyat ambil tahu masalah air Selangor dan sampah Selangor, apa yang seudah berlaku, adakah sudah selesai?

Itulah gaya Ayat "Kalau" Anwar Memang Berbisa mainan auta, sekali dia kata "Kalau" kepada anda, bersiap sedialah menjadi mangsa sekiranya anda terjebak dalam permainannya Ayat "Kalau" Anwar Memang Berbisa. Hendak tahu kenapa kawan-kawan terbaik yang bersama-sama menubuhkan PKR, pakat-pakat lari meninggalkannya. Sebab Anwar penah berjanji "Kalau" 16 september berjaya anda jadi timbalan perdana menteri dan macam-macam mengikut individu. Sampai 2-3 orang ditawar jadi PM pun ada! Itulah Ayat "Kalau" Anwar Memang Berbisa

Anda mahu mengadaikan masa depan dengan terjebak dalam perkataan "Kalau" Anwar, huh memang alamatlah anda akhirnya!

4 comments:

Anonymous said...

penduduk asal kg buah pala masing2 dpt rumah ganti bernilai RM600 satu keluarga dan sehingga kini 25/4/12 masih tinggal di kg buah pala, dengan kemudahan yg lebih baik disediakan oleh developer. Jadi betul lah janji anwar! apa pulak yg kau merepek ni. Berbanding dengan janji mufafiq najib, dah bagi kenaikan kat kakitangan kemudian tarik balik....bodoh punya umno

Anonymous said...

MAAF YE PENIPU DIATAS...kampung buah pala dah habis hancur oleh DAP...UMNO tolong membina 18 buah rumah teres dua tingkat atas ehsan SPNB..mana ada lansung tangan anuwar...kunci rumah DS Najib yang bagi....http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/22/buah-pala-9-get-house-keys-from-najib/

Anonymous said...

hahaha... buduhnya penyokong anu war ni ye.. bykkan sikit membaca la.. jgn jd pak turut aje.. pejam mata tutup telinga... buduh...

Anonymous said...

LOL...dia dah mmg tahap membodek sampai tahap tolong pakaikan stokin Lim Guan Eng...gosokkan gigi Karpal Singh yg tgh sakit tu...perghhh caya lu!

Isu Terkini

get this widget here