Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 19 April 2012

Guan Eng Fikir! Harakah Itu Batu Nisan Bertulis


Adus kecoh laaa... Guan Eng!!
Guan Eng hendak bercakap soal akta mesin cetak la pulak! Menurutnya, ia hanyalah agenda politik kerajaan dan mendakwa Seksyen 8A itu bersikap “double standard” dan tidak berlaku adil kepada mereka selaku pembangkang.

“Jika kerajaan serius untuk memberi kebebasan media dan memperluaskan hak asasi manusia, saya fikir mereka patut buang seksyen 8A Akta Mesin Cetak. “Seksyen 8A masih digunakan untuk hukum ahli politik pembangkang. Ia perlu digugurkan kerana ia digunakan sebagai senjata politik,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Adus Guan Eng, minta maaf kami terlupa pulak Harakah selama ini batu nisan bertulis. Sebab itu apa ceritapun tertulis tidak terlibat dengan Seksyen 8A menyatakan mengenai kesalahan terhadap penyiaran berita tidak benar serta berniat jahat yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. Apa punya tahap penipuan Guan Eng? Itu belum kira cerita dari Malaysiakini yang umum tahu dananya dari kuasa-kuasa luar. Tidak penahpun kerajaan menyekat mereka berkarya sampai tahap fitnah secara halus mengaitkan DS Najib kes pembunuhan Altantuyaa? Tetapi tidak ada bukti pula mampu mendawa DS Najib malah siap Gobind Singh mati akal dalam parlimen apabila dituduh menipu oleh Zulkifli Nordin.

Lihat juga Pakatan Haram mengunakan kedua-dua media Harakah dan Malaysia kini untuk mengaitkan semua bantuan kerajaan RM100, BR1M, Voucher Buku 1Malaysia dan sebagainya sebagai gula-gula politik dan rasuah politik. Tapi bagaimana dengan program Kerajaan Selangor iaitu SMUE menawarkan khairat RM5000 dan program ‘Jom Shopping’ dengan menawar vouchar RM100 untuk warga tua untuk berbelanja. Kenapa itu tidak dianggap rasuah dalam media yang mereka kata bersih sangat. Adakah kerajaan ada mengambil tindakan terhadap mereka?

Bagaimana pula dengan Harakah dan Malaysia kini membawa isu-isu mengapi-apikan rakyat menyerta himpunan Hijau dan Bersih sebelum ini. Adakah kedua-dua media tersebut kena tarik lesen.

Rakyat harus faham pentingnya Akta ini lebih dari dipolitikan Pakatan Haram. Kelakangan ini terdapat banyak laporan-laporan yang tidak benar tersiar dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah baik yang diterbitkan dalam negeri mahupun dari luar negeri. Nampaknya pihak akhbar dan majalah yang terlibat tidak menghiraukan kesan siaran berita yang tidak benar ke atas pihak atau golongan yang menjadi mangsa tindakan mereka atau kesan buruk ke atas keselamatan dan ekonomi negara. Peruntukan ini adalah bertujuan menggalakkan pihak akhbar bersikap lebih bertanggungjawab. Selain dari itu akta ini menghalang sesuatu yang besifat mengancam keselamatan negara, perpaduan kaum, kepentingan agama islam sebagai agama resmi, memelihara Institusi Raja-raja dan kadaulatan negara.

Persoalan tuntutan tempoh sah permit yang tidak perlu diperbaharui. Seperti dituntut Guan Eng adalah suatu yang berbahaya. Jangan terlampau dipemudahkan hingga memudaratkan. Adakah dengan bebasnya semua media cetak dan tidak perlu diperbaharui, memboleh kekabasan melampaui, mencetak apa sahaja termasuk menghina raja, agama, kaum dan mengalakan kegiatan rendah moral. Sebab semua semakin terlampau bebas bermakna mereka semakin berani, boleh karang apa sahaja yang terlintas demi keuntungan pihak-pihak tertentu. Kesan terhadap masyarakat Malaysia bagaimana nanti? 

Contoh! Bayangkan satu, artikal bercorakan mengapi-apikan rakyat yang berjaya menyebabkan satu daerah merusuh hingga mengancam keselamatan awam, tentu sudah terlambat untuk dibatalkan kerana benda telah terjadi. Jadi fungsi memperbaharui adalah bertujuan menilai kecenderongan mana-mana media membawa hala tuju yang bagaimana dan adakah terdapat artikal terlampau mencurigakan. Ini juga sebagai amaran dan peringatan supaya mana-mana media bertangungjawap kerana memikirkan mereka masih lagi perlu memperbaharui lesen.

Apa yang Guan Eng lakukan semata-mata untuk kepentingan Pakatan Haram bukannya untuk melihat kepada sudut yang lebih luas selain politik kotor mereka. Sudah besar tuah kiranya Harakah dan Malaysiakini bebas mengarang cerita sesuka hati. Adakah kebebasan Harakah dan Malaysiakini sekarang tidak adil kepada mereka selaku ahli politik.

Harap sidang parlimen dapat mencari satu kaedah terbaik dalam pelaksanaan akta ini demi kepentingan semua pihak. Jangan terikut sangat desakan Guan Eng.

1 comment:

Anonymous said...

Keturun cicak GE habis melayu p.pinang diusir

Isu Terkini

get this widget here