Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 25 May 2012

Majlis Syura Jati Terbaik Berbanding Majlis Syura PAS Bersifat Perasit

Sudah terlampau lama PAS bersembunyi disebalik Majlis Ulama PAS semata-mata ingin menghalalkan apa jua yang diperjuangkan Pakatan Rakyat. Segala keputusan Majlis Syura PAS terikat berdasarkan keputusan dikeluarkan Pakatan Rakyat. Jadi dimana kreditbiliti Majlis Syura sebenarnya klik rujuk sini supaya cepat kita talqinkan.

Sekarang Majlis Syura Jati bakal mencabar kedudukan kreditbiliti Majlis Syura PAS. Beza kedua-dua majlis Syura ini dari segi keberanian membuat keputusan berdasarkan  akidah, syariat dan rukun. Kalau di lihat Majlis Syura PAS memang sudah terang-terang pakat-pakat bungkus kesemua  akidah, syariat dan rukun ketepi.


Itulah selagi Nik Aziz terikut-ikut permainan Pakatan Rakyat hingga kononnya mempunyai Majlis Syura mampu mengawal tindak-tanduk perjalanan Parti. Hakikatnya hanyalah untuk mempolitikan apa sahaja kemungkaran Pakatan Haram supaya dihalalkan.
Berbeza pula dengan Majlis Syura Jati yang umum tahu mereka bergitu berani dan tegas dengan apa jua keputusan dan tindakan mereka di dalam apa jua keadaan. Kerana pengasasnya sendiri berani menentang arus melawan apa sahaja yang bertentangan dengan akidah, syariat dan rukun. Sebab itu Majlis Syura Jati Terbaik Berbanding Majlis Syura PAS Bersifat Perasit

Dari situ sudah jelas Majlis Syura Jati akan memberi tekanan buat Majlis Syura PAS agar kembali ke pangkal jalan yang sepatutnya berlaku berdasarkan akidah, syariat dan rukun. Tetapi semua itu seakan-akan mustahil selagi Nik Aziz masih hidup dalam dunia PAS. 

Kerana orang macam Nik Aziz boleh berubah cakap maacam ombak membelah pantai. Tidak penah konsisten dengan apa jua yang diperjuangkan dan diperucapkan. Malah kecenderungan keputusan Nik Aziz lebih kepada kepentingan matalamat PAS ke Putrajaya. Bukannya kepada akidah, syariat dan rukun dalam Islam.


Berbeza dengan JATI berwatakan wadah harapan umat yang sedang mencari jawapan pada pelbagai persimpangan hidup yang dikaburi oleh mereka yang sanggup meletakkan habuan sementara sebagai penyebab untuk menggadai kepentingan Islam, umatnya dan Institusi Raja sebagai pemayung agama Islam.
Malah konsep perjuangan Jati bukanlah bertujuan politik semata-mata, tetapi lebih menumpukan penyatuan ummah berdasarkan faktor perpecahan sering dikaitkan dengan perbezaan fahaman politik. Unit keluarga, kejiranan, komuniti dan masyarakat luas berpecah belah disebabkan perbezaan fahaman politik dan ketaksuban melampau. 

Ketiga-tiga tonggak perjuangan JATI yang disimpulkan sebagai IMR (Islam, Melayu dan Raja) akan dijadikan pemangkin kepada penyatuan umat. Dengan pembentukan Majlis Syura Jati bakal memberi satu pengaruh kepada Majlis Ulama PAS untuk dinilaikan semula. Itulah Majlis Syura Jati Terbaik Berbanding Majlis Syura PAS Bersifat Perasit

Malah ini bakal menyedarkan rakyat yang PAS bukannya Agama akibat ada suara-suara yang tegas dengan kehadiran Majlis Fatwa dan Majlis Syura Jati. Insyaallah yang paling penting apa yang patut kita perbetulkan kita sama-sama perbetulkan.

Jangan jadi macam Nik Aziz menuduh UMNO sekular hingga ketahap ada akar umbi mengkafirkan UMNO tetapi dalam masa yang sama menyembunyikan status PKR yang sebenar-benarnya sekular dan bukannya UMNO. Inilah cara PAS berpolitik untuk memastikan matalamat nafsu diutamakan lihat youtube ini.
Pelik bukan PAS sanggup istiharkan Indonesia, Pakistan, Afghanistan dan lain-lain sebagai sebuah negara Islam tetapi menafikan Malaysia sebagai Negara Islam, Padahal dalam dunia ni tidak adapun sebuah negara pun yang ditadbir berdasarkan Islam 100% termasuklah Mesir yang dah dimenangi oleh Ikhwanul Muslimin idola PAS.. Walaupun bergitu dunia telah mengangkat Malaysia contoh negara Islam terbaik. tetapi kenapa PAS menafikan.

Sekarang tibalah masa kita sama-sama talqinkan Majlis Syura PAS yang gagal berfungsi dari yang sepatutnya. Jadi terimalah dengan Majlis Syura Jati Terbaik Berbanding Majlis Syura PAS Bersifat Perasit

2 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan,

Minta jasa baik tuan link blog saya ke blog Tuan.

www.thekl-chronicle.blogspot.com

Saya dah link blog tuan ke blog saya.

The Kuala Lumpur Chronicle said...

thank you sahabat

Isu Terkini

get this widget here