Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 18 September 2012

Idea Bida AP Rafizi Lebih Memalukan Diri Berbandingkan Muhkriz

SAYA membaca huraian Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR bagaimana sistem bida AP dijalanlan mengganti pemberian AP sekarang dalam artikelnya dengan tanjuk ‘Memahami harga kereta: Jawapan kepada Mukhriz’, pada saya idea Rafizi sungguh melucukan.

Boleh dikatakan seperti kanak-kanak usia setahun menghibur hati ibu bapa dengan keletahnya.

Dengan mengambil contoh Tony Pua membeli kereta secara langsung dari luar negara dengan menggunakan AP yang diperuntukan oleh kerajaan kepada setiap Ahli Parlimen, dakwa Rafizi dengan mudah Tony Pua telah selamatkan RM60,000 wangnya berbanding jika beliau beli kereta dari syarikat pemegang AP. Rafizi mendakwa, senang-senang sahaja syarikat itu untung RM60,000 dari Tony Pua.

Sungguh mudah beliau hendak pengaruhi rakyat bahawa syarikat menjual kereta import dengan senang akan untung RM60,000 jika ambil contoh jenis kereta yang dibeli oleh Tony Pua. Apa lagi dengan tokok tambah, Rafizi mendakwa penerima AP rata-rata kroni pemimpin BN.

Sebelum pergi ke kaedah bida AP idea lucu Rafizi, saya ingin perbetulkan Rafizi tentang keuntungan syarikat pengimport kereta luar dan AP hanya rata-rata untuk kroni pemimpin BN.

Tidakkah Rafizi tahu bahawa syarikat pengimport kereta luar itu perlu modal untuk menyediakan ‘show room’, pejabat, kakitangan dan kos-kos lain bulanan seperti elektrik, air, caruman KWSP dan Perkeso kakitangan serta biayai rawatan untuk kakitangan, selenggara ‘show room’, elaun perjalanan, alat tulis pejabat dan lain-lain kos lagi.


Pergilah jengok ke Mutiara Motors di Johor Bahru dan bilang sendiri beramai kakitangan syarikat tersebut. Begitu juga beberapa syarikat pengimport kereta yang ternama. Kalau betul RM60,000 keuntungan seperti yang didakwa oleh Rafizi, jelas jumlah itu tidak semua masuk ke poket tuan punya syarikat.

Bayangkan jika sebuah kereta sahaja laku pada bulan-bulan tertentu, pastinya tidak cukup untuk menyelesaikan ‘overhead cost’ syarikat tersebut. Ada kalanya keuntungan bulan lain digunakan untuk tampung ‘overhead cast’ bulan-bulan yang tiada kereta terjual ikut sasaran.

Syarikat-syarikat tersebut juga perlu membayar cukai keuntungnya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri selain cukai mengimport kereta (Kastam).

Selain syarikat, tuan punya dan beberapa pegawai utama dalam syarikat juga perlu jelaskan cukai pendapatan masing-masing.

Bagi tuduhan rata-rata kroni pemimpin BN yang dapat AP itu, satu soalan kepada Rafizi, tidak adakah antara mereka yang mendapat AP juga membantu Pakatan? Rafizi jangan berlakunlah kononnya PR bersih dari kroni. Kalau nak senarai banyak juga mereka-mereka yang dapat kontrak dari kerajaan Pakatan di beberapa buah negeri adalah kroni PR. Sehingga kontrak membekal baju rasmi persidangan DUN sebuah negeri bawah PR pun diberi kepada isteri salah seorang Adun PR.

Dan ada ke orang bukan penyokong pemimpin PR dapat apa-apa kontrak dari kerajaan Pakatan? Kalau ada pun mungkin mereka terlepas pandang bagi. Tapi yang nyata tidak terkira penyokong Pakatan dapat habuan dari kerajaan BN.

Kepada idea Rafizi agar kerajaan jalankan bida AP, ia betul-betul melucukan. Rafizi dengan mengambil contoh Tony Pua tadi, beliau menyatakan kononnya bayaran bidaan AP akan terus kepada kerajaan jika Tony Pua sanggup membayar setakat RM90,000 bagi mendapatkan kereta import tersebut, bidaannya bagi mendapatkan AP boleh mencecah RM40,000 memandangkan kos kereta hanyalah RM50,000 apabila cukai sudah dibatalkan kata Rafizi. Dakwa Rafizi dengan cara ini kerajaan mendapat pendapatan lebih berbanding kaedah sekarang dan ia boleh mempengaruhi harga kereta import dan tempatan turun serendah mungkin.

Jika itulah caranya, bagaimana ada pihak membida dengan harga RM41,000 pula untuk AP kereta yang hendak dibeli oleh Tony Pua iaitu RM1,000 lebih tinggi dari bidaan Tony Pua?

Maknanya Tony Pua tidak dapatlah AP nak beli kereta itu. Maka siapa yang bida RM41,000 tu sahaja yang dapat AP untuk kereta jenis itu. Maka seorang sahaja yg boleh beli kereta jenis itu. Begitu juga dengan jenis kereta lain. Hanya yang bida tinggi sahaja yang dapat AP.

Jadi hanya satu buah sahaja setiap jenis kereta. Peliknya! Dan siapa bida tinggi dia dapat AP, mana yang dikatakan akan menurunkan harga kereta kalau masing-masing berebut nak beli kereta luar?

Jelas idea Rafizi tidak masuk akal. Jadi pada saya tak perlulah menteri atau timbalan menteri terbabit menjawab lagi setiap kali idea tak masuk akal seperti ini.

Jika menjawab juga nanti orang akan kata timbalan menteri berkaitan sama taraf dengan orang yang tak cerdik ini. Jadi jangan layan lagi Rafizi ini.

Apa pun Perkasa mahu kerajaan pastikan syarikat yang benar-benar menjalankan perniagaan kereta import dengan betul, terus diberi AP kerana mereka boleh mengwujudkan banyak peluang pekerjaan. Selain itu Perkasa mahu pemberian AP diteruskan bukan di tamatkan pada 2015 seperti yang dicadangkan sebelum ini.

*Syed Hassan Syed Ali, Setiausaha Agung Perkasa Sumber

2 comments:

Megat Alam Gempita said...

Bila harga kereta murah, jalan raya bertambah sesak, parking tak cukup, komisyen dealer rendah, gaji pekerja terpaksa diturunkan, subsidi terpaksa ditambah. Bebudak universiti yang malas belajar akan guna duit biasiswa beli kereta buat ronda-ronda...hebat idea PR ni untuk menjahanamkan negara.

PecahPalakMikir said...

Memang xda kerja lain puak2 pakatan haram. Almaklum sumber danapun haram jd semua serba haramlah

Isu Terkini

get this widget here