Betul ke tiada penyelewengan cuba-cuba kita renung dekat bawah ini.
Cukup ke tidak menggambarkan yang ada banyak yang tidak kena di dalam pentabiran Pakatan Rakyat terhadap 4 negeri yang tabir mereka.
Jadi bagaimana Anwar boleh buat-buat pejam mata tentang kegagalan mereka?
Bagaimana fungsi Pakatan Rakyat boleh dipercayai mengambil alih lebih besar lagi pentabiran melibatkan negara?
Mari kita lihat betul ke? Kenapa 4 Negeri Pakatan Rakyat Laporan Audit Negara 2011 Tiada Penyelewengan
Lokman Noor Adam menggesa agar kerajaan negeri Selangor agar mendedahkan bagaimana sebuah institusi yang berwibawa di bawah pemerintahan kerajaan BN boleh mengalami kerugian di bawah pemerintahan kerajaan pakatan,” ujarnya yang juga mantan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan.
Terdahulu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata berdasarkan salinan Laporan Audit UNISEL bagi 2009 dan 2010, universiti milik kerajaan negeri itu merekodkan kerugian selepas cukai sebanyak RM1.63 juta pada 2008, RM13.55 juta (2009) dan RM39.68 juta pada 2010.
Laporan audit 2009 dan 2010 ini ditandatangani sendiri Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) pada Ogos 2011 namun apabilabeliau timbulkan isu kewangan UNISEL dalam keadaan nazak, Menteri Besar begitu sombong menafikan dan kini, Noh mendakwa beliau mempunyai salinan laporan audit universiti tersebut.
KUALA LUMPUR, 8 Okt – “Semuanya sudah terlambat, apa yang kita boleh buat dengan tanah tersebut walaupun mahkamah telah membuat keputusan agar tanah tersebut dipulangkan semula kepada Yayasan Basmi Kemiskinan( YBK)”, ujar Exco Pergerakan pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam.
Tambahnya, tanah tersebut mempunyai sejarahnya tersendiri kerana sebelum ini tanah di kawasan sekitar dicadangkan untuk dibuat lapangan terbang di zaman Tan Sri Muhammad Taib menjadi Menteri Besar Selangor tetapi malangnya apabila projek perumahan dan pembangunan di sana telah dilakukan maka projek lapangan terbang tersebut dipindahkan ke Sepang.
“Apabila YBK mencadangkan untuk dibina UiTM di tanah tersebut, jadi wujud satu peluang di mana merekaa yang sudah membuat pelaburan awal, dapat memulihkan semula pelaburan mereka dan dalam masa yang sama, jika UiTM dapat dibina di situ, sudah pastilah penduduk setempat dapat meraih nikmat dari pembangunan yang bakal dibuat di situ.
“Malah dengan jumlah pelajar yang ramai pastilah ekonomi penduduk setempat akan lebih menarik. Tetapi malangnya apabila kerajaan negeri berubah, saya difahamkan Tan Sri Khalid dan Dr Hassan Ali juga bersetuju ketika itu dengan pembinaan UiTM, tetapi malangnya pembentukan kerajaan negeri Selangor terdiri separuh daripadanya golongan yang gila main politik sempit, maka akhirnya rancangan untuk membina UiTM ini ditolak,” ujarnya di sini, hari ini.
Jelas tegas beliau akibat permainan politik sempit kerajaan Selangor telah membuat rakyat terutama penduduk di kawasan rugi kerana terlepas manfaat peluang ekonomi yang besar jika UiTM diwujudkan.
“Sekarang ini Alhamdulillah tanah dapat balik tetapi projek untuk membina UiTM itu telah pun dipindahkan ke Jasin, Melaka. Jadi apa gunanya tanah itu hari ini walaupun dah dapat balik, tetapi kita tak dapat membangunkannya.
“Jadi bila dah dapat balik tanah ini, kita harap kekal, sudah pasti selepas ini kerajaan negeri akan buat rayuan. Kita harap sampai ke peringkat mahkamah persekutuan, tanah ini akan tetap kekal di tangan YBK dan saya mengharapkan bila kita ambil alih semula kerajaan negeri Selangor, kita boleh fikirkan apa boleh buat di tanah YBK ini untuk faedah rakyat,” tambahnya. -MediaUMNO
Jadi betul ke? Kenapa 4 Negeri Pakatan Rakyat Laporan Audit Negara 2011 Tiada Penyelewengan
No comments:
Post a Comment