Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 18 October 2012

Majlis Pelancongan Yang Melencong Di Era Lim Guan Eng

Majlis Pelancongan Yang Melencong Di Era Lim Guan Eng sememangnya melambangkan tahap kelemahan Pakatan Rakyat sehingga menjadi Pakatan Hancus, 

Apa sahaja yang diamanahkan kepada mereka, bukan menjadi lebih bagus tetapi menjadi semakin hancur. Berikut adalah pendedahan Majlis Pelancongan Yang Melencong Di Era Lim Guan Eng yang sememangnya menjadi pertanda Pakatan Hancus yang tidak boleh diharap langsung. Sebab mereka dari golongan pandai bercakap melebihi pelaksanaan. 

1. Penang Global Tourism

Penang Global Tourism Sdn. Bhd. (PGTSB) bertanggungjawab mempromosi dan memasarkan aktiviti pelancongan Pulau Pinang. Penubuhan PGTSB juga bagi menggantikan fungsi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN). Modal yang dibenarkan Syarikat adalah berjumlah RM500,000 dan modal dibayar adalah berjumlah RM100,003 yang keseluruhannya dipegang oleh PDC. PGTSB merupakan sebuah syarikat yang tidak bermotifkan keuntungan di mana keseluruhan pembiayaan kewangan adalah daripada Akaun Amanah Jawatankuasa Induk Industri Pelancongan (JIIP) Negeri Pulau Pinang.

Pendapatan utama PGTSB adalah bantuan geran daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Wang Amanah Jawatankuasa Induk Industri Pelancongan. Bantuan geran Syarikat yang diterima pada tahun 2009 adalah berjumlah RM3.47 juta, RM2.75 juta pada tahun 2010 dan RM6 juta pada tahun 2011. Keuntungan PGTSB pada tahun 2009 adalah berjumlah RM0.79 juta dan kerugian berjumlah RM1.88 juta pada tahun 2010. Manakala kerugian terkumpul PGTSB sehingga tahun 2010 adalah berjumlah RM1.09 juta.

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Mei dan September 2011 mendapati pada umumnya prestasi kewangan Syarikat adalah tidak memuaskan.

2. PDC Nusabina Sdn Bhd

Syarikat Nusabina Pulau Pinang Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 24 September 1980. Syarikat mempunyai modal dibenarkan sebanyak RM5 juta dan modal dibayar adalah berjumlah RM3.05 juta.

Visi Syarikat adalah untuk membina bangunan-bangunan yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan Syarikat. Manakala misi Syarikat adalah untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan dan perkhidmatan pengurusan pembinaan yang cekap melalui inovasi dan mempraktikkan pembinaan yang kos efektif agar dapat memastikan produk pembinaan berkualiti tinggi, menyiapkan produk-produk dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dan kerja-kerja penyenggaraan yang efisien.

PDCN telah mencatat kerugian bersih bagi tempoh 3 tahun berturut-turut iaitu RM1.79 juta bagi tahun 2008, RM1.69 juta bagi tahun 2009 dan RM288,629 bagi tahun 2010. Sehingga bulan Disember 2010, kerugian terkumpul PDCN adalah berjumlah RM5.16 juta.

Ini baru sahaja hal Majlis Pelancongan Yang Melencong Di Era Lim Guan Eng yang melibatkan sebuah negeri sahaja sudah berterabur dan kerugian sedemikian rupa! Entahlah kalau dapat negara bagaimana hendak diharapkan jika Pencapaian Diabaikan Perut Diutamakan.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here