Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 15 December 2012

Sedih Betul Nik Aziz Beralah Lagi Dengan Karpal Singh

Satu lagi bukti terserlah, bagaimana Pas akan berbuat apa sahaja untuk akur dengan rakan pakatannya DAP, apabila kerajaan negeri menangguhkan serta merta penguatkuasaan syarat pelesenan kedai gunting di sini.  

 Setelah lebih 20 tahun melaksana dan mempertahan peraturan pengasingan jantina di kedai gunting rambut, kerajaan Pas Kelantan akhirnya mengalah terhadap desakan rakan pakatan pembangkang atas alasan mengambil kira pandangan semua pihak dan faktor pilihan raya umum yang semakin hampir.  

 Pada Rabu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata keputusan dibuat untuk menangguhkan serta merta penguatkuasaan syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik orang bukan Islam.   

Ia diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri dan penangguhan itu sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan.   Ini belum lagi pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan Pas, dan secara terang-terangan ditentang DAP, pelaksanaan undang-undang kecil begini pun Pastidak dapat bertahan.   

Dengan penangguhan itu bermakna semua kedai gunting rambut milik orang bukan Islam dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat dibawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan.  

 Isu kedai gunting rambut ini menarik perhatian umum terutama masyarakat Cina apabila akhbar baru-baru ini melaporkan seorang pengurus kedai gunting rambut di sini, Ong Lee Ting, mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.    

Akibatnya, dia didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.   Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang dilaporkan berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara itu ke mahkamah.   

Walaupun Karpal Singh menyambut baik keputusan penangguhan selepas itu, beliau sebenarnya mahu Pas meminda undang-undang kecil itu untuk menyediakan peruntukan yang tidak terpakai kepada orang bukan Islam.

Penangguhan itu sebenarnya langkah sementara, dan tidak menghairankan nanti bahawa Pas berkemungkinan pula akan akur dengan cadangan pengerusi kebangsaan DAP itu untuk meminda undang-undang kecil berkenaan.   

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan Wan Ismail Wan Ahmad berkata, akibat daripada 'berkawan' dengan DAP, PAS telah menyimpang daripada perjuangan asalnya demi menjaga hati rakan pakatan.   

Pas sebenarnya sama-sama ghairah dengan pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya dan pemimpin parti itu tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum Islam sebagaimana yang dicanang selama ini khususnya hudud, kata Wan Ismail.   

Beliau menganggap 'ulama politik' dalam Pas hanya melihat kepentingan politik lebih daripada kepentingan Islam.   Bekas anggota Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof Madya Mohd Noor Deris berkata keputusan terbaharu kerajaan Pas Kelantan itu menunjukkan mereka tidak berani untuk bertegas dalam melaksanakan sesuatu undang-undang.  

"Keputusan menangguh pelaksanaan dan mengkaji semula undang-undang sekecil ini, menjadi bukti kepada rakyat di dalam dan luar Kelantan bahawa apa yang dicanang oleh Pas untuk melaksanakan hukum Islam, hanya semangat politik sahaja.   

"Usahkan hukum hudud yang besar tidak dilaksanakan...undang-undang kecil boleh dimain-mainkan pemimpin Pas," katanya sambil menegaskan, rakyat boleh menilai keikhlasan perjuangan Pas pada masa kini.  

 Mohd Noor berharap rakyat tidak terus terpengaruh dengan dakyah Pas yang kononnya berjuang untuk menegakkan Islam sedangkan ia boleh menukar pendirian jika apa yang diperjuang tidak menguntungkan parti. - Bernama
Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

Anonymous said...

Inilah islam PAS. PAS telah memburukkan image dan undang2 islam. PAS boleh mempermainkan undang2 islam. PAS sanggup melutut dan rebah kepada part DAP dan PKR daripada ALLAH SWT yg mencipta kita. Adakah kita mahukan pemimpin seperti ini? Adakah kita mahukan pemimpin yg boleh mempermainkan undang2 Islam. Kena gertak diDAP tarik balik undang2 islam yg nak dilaksanakan. Pemimpin spt ini tidak ada kredibeliti. Pengecut.. Dan tidak perlu disokong

Isu Terkini

get this widget here