Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday 1 January 2013

Makaiii Guan Eng Terkencing Lari Pintu Belakang

Ketua Menteri, Lim Guan Eng sanggup tidak menggunakan lorong khas bagi orang kenamaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas di sini malam ini semata-mata tidak mahu bertembung dengan sekumpulan ahli daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu 'menyambut' kepulangannya.

Setiausaha Agung DAP itu yang tiba daripada bercuti di Hong Kong dikatakan mengikut laluan lain seterusnya keluar dari bangunan tanpa dapat dikesan kumpulan terbabit.

Ahli Jawatankuasa Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Azmi Jaafar berkata, beliau kecewa dengan tindakan Guan Eng tersebut yang dilihat memang sengaja tidak mahu bertemu mereka.

Menurutnya, keadaan itu amat dikesali kerana semasa pilihan raya umum lalu merekalah yang mengundi pembangkang sehingga DAP berjaya memerintah negeri ini.

"Kenapa sekarang dia (Guan Eng) tidak mahu berjumpa kami sebagai rakyat Pulau Pinang?

"Sebelum ini kamilah yang mengangkat pembangkang sehingga menang pilihan raya umum. Kami benar-benar kecewa dengan tindakannya," katanya yang juga ahli Pas seumur hidup bahagian Bagan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lapangan terbang tersebut di sini.

Kumpulan berkenaan yang terdiri daripada kira-kira 50 ahli pelbagai NGO Islam menunggu Guan Eng lebih sejam.

Bagaimanapun kelibat Guan Eng tidak kelihatan sehingga 7.45 malam meskipun pesawat yang dinaikinya mendarat pada pukul 7 malam.

Mereka turut membawa kain rentang yang antaranya tertera perkataan-perkataan yang mengutuk perbuatan Guan Eng sebelum ini.

Kelmarin hampir 100 umat Islam termasuk ahli Pas di negeri ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kumpulan yang diketuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang itu mahu Guan Eng menarik balik kenyataan yang dianggap sengaja menghina umat Islam di negara ini.

Guan Eng dalam perutusan sempena Hari Krismas baru-baru ini antara lain mendesak kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Artikel Penuh: PULAU PINANG 30 Dis. - 

No comments:

Isu Terkini

get this widget here