Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 1 February 2013

PAS Di Sarawak Jadi Percacai Terkena Mainan Bersiri DAP dan PKR

Seperti DAP dan PKR, PAS juga berhajat melabuh kuasa di Sarawak. Sebab itu PAS telah setahun menghantar jenteranya berkampung di kawasan Melayu setiap pelusuk Sarawak. Ini kaedah pendekatan PAS pakai untuk mendekati rakyat dengan menghasut dengan umpan Beras, gula, pakaian untuk 4 tahun sekali beri. Yang pasti itu bukan satu usaha yang mudah dan perlukan dana yang besar buat PAS apabila rakyat pendalaman kurang memberi keyakinan terhadap PAS.

Manakala PKR pula sering bermain dengan kaedah menipulasikan isu NCR dan agak mempunyai kelebihan berbanding PAS. Malah mereka boleh buat untung dari kaedah ini.

Bagi DAP pula mempunyai perluang yang lebih cerah berbanding PAS dan PKR. Apatah kaedah pentabiran Penang yang lebih kuat mempertahankan cauvinis dan menafikan hak kaum lain sudah tentu menjadi tarikan tersendiri buat golongan yang pro Cauvinis semata-mata. Yang pasti DAP tidak perlu modal besar untuk pertahankan kerusi mereka.

Bila timbul soal pengagihan kerusi di Sarawak. DAP tidak pernah bertolak ansur dengan PKR dan PAS. Sebab itu semua kerusi putih PR dibolot DAP. Manakala kerusi hitam DAP pula diserahkan kepada PKR. Itupun PKR tolak untuk kerja permutihan kerusi hitam kepada PAS. Maka makan tahun dengan kerja banyak PAS bertungkus-lumus bersihkan.

Inilah sikap DAP dan PKR tidak pernah mahu mencucikan kerusi hitam milik mereka dan PAS mangsanya menjadi pak turut yang memberlanjakan dana sendiri untuk cuci segala saki baki kerusi hitam.

Menyebut pasal dana untuk kempen PRU13 di Sarawak. Dalam persahabatan Pakatan Rakyat tiada kongsi dana samarata sebaliknya masing keluarkan kosnya sendiri. Ini terbukti semasa PRN lepas PAS parti paling daif dan malang di Sarawak. Sekarang PAS terpaksa keluarkan segala sumber yang ada untuk menduduki Sarawak walaupun usaha mereka hanyalah lebih kepada sia-sia sahaja. Jadi yang untungnya siapa?

DAP dan PKR paling untung tetapi percaya ke tidak jika kawasan yang dicuci PAS ini bakal dirampas semula DAP dan PKR jika didapati memasuki taraf Putih atau Kelabu. Itulah PAS wujud dalam Pakatan Rakyat hanyalah sebagai kaldai atau hamba ketuanan DAP dengan pengaruh Ariwanas.
Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Isu Terkini

get this widget here