Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 19 April 2013

Al Fatihah… Takziah Buat Keluarga Tan Sri Aishah Ghani


KUALA LUMPUR, 19 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Tan Sri Aishah Ghani, 90 yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi kerana sakit tua..

Allahyarham merupakan Veteran UMNO dan bekas Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Jenazah allahyarham dibawa pulang ke rumah No 3, Jalan Kota, Off Jalan Ledang di sini dan dijangka dikebumikan pada jam 6 petang ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah. – MediaUMNO

No comments:

Isu Terkini

get this widget here