Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 17 April 2013

{Video] Anwar Ibrahim vs Tunku Aziz Dana Asing Mencurah-curah Masuk



Pemantau Pilihanraya, BERSIH, adalah kenderaan yang dicipta oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan pembiayaan dana asing dalam menaja aktiviti politik beliau, dakwa Tunku Abdul Aziz Ibrahim, bekas presiden Transparency International Malaysia (TI-M).

Tunku Aziz bercakap kepada FMT berkata tidak dapat dipastikan adakah Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan Datuk A. Samad Said sudah mengetahui tentang fakta tersebut, namun penglibatan mereka bersama Anwar bermakna secara sengaja atau tidak sengaja telah terlibat rangkaian pembiayaan antarabangsa.

“Anwar mempunyai rangkaian antarabangsa yang baik untuk mendapatkan dana mereka. Saya tidak tahu sama ada pemimpin-pemimpin BERSIH tahu atau tidak.

“Tetapi Bersih adalah kenderaan Anwar untuk menerima dana antarabangsa di bawah nama demokrasi dan pilihanraya yang bebas dan adil.

“BERSIH bukan sebuah organisasi yang bebas politik. Ia adalah ‘bayi’ Anwar,” kata Tunku Aziz, bekas Naib Presiden DAP.

Menurutnya, Beliau tahu berkenaan pembiayaan asing terhadap BERSIH apabila beliau telah dijemput oleh anak perempuan Anwar, Nurul Izzah untuk ‘bercakap’ tentang penubuhan satu badan pemantau pilihan raya yang tidak dinamakan.

Mesyuarat itu berlaku ketika Tunku Aziz masih lagi terlibat dalam TI-M. Beliau ketika itu tidak lagi menyertai DAP, parti yang disertainya pada Ogos 2008.

Beliau berkata beliau sendiri turut hadir dalam mesyuarat itu, turut dihadiri oleh Nurul Izzah, pemimpin PKR tertentu, pembantu Anwar dan dua orang warga Amerika Syarikat (AS) di Hotel Sheraton di Kuala Lumpur.

Tunku Aziz berkata beliau memahami maksud kehadiran dua orang warganegara AS yang mengetuai pelbagai yayasan yang berpangkalan di AS.

Dalam perbincangan itu, kata Tunku Aziz, dua orang warganegara AS itu telah merumuskan fungsi dan operasi badan pemantau pilihanraya tersebut.

“Dalam mesyuarat itu, saya telah ditawarkan untuk mengetuai badan pemantau kerana mereka berkata saya mempunyai kelayakan, integriti dan kredibiliti bagi jawatan tersebut.

“Mereka memberitahu saya bahawa pergerakan tersebut adalah untuk memastikan pilihanraya yang bebas dan adil di negara ini,” katanya.

Dedah Tunku Aziz, beliau telah ditawarkan kira-kira AS $ 4,000 sebulan serta lain-lain faedah dan elaun untuk jawatan tersebut.

Beliau turut diberitahu bahawa pergerakan badan pemantau itu akan mendapat pembiayaan antarabangsa.

Tunku Aziz kemudiannya meminta diri daripada mesyuarat itu dan berkata beliau memerlukan masa untuk memikirkan tawaran itu.

Sejauh Mana CIA Berjaya Bantu Pembangkang ?






No comments:

Isu Terkini

get this widget here