Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday 12 April 2013

Video Sebergini Jelas Masih Juga Ada Yang Mahu Nafikan

Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang memberi respon bahawa Setiausaha Agung Pas Dato’ Mustaffa Ali yang digemparkan dengan isu video sex tidak akan bertanding dalam PRU 13.

Bagaimanapun beliau akan meneruskan perkhidmatan Dato’ Mustaffa Ali sebagai Pengarah Pilihanraya Pas Pusat.

“Dia bertanding semua di tempat di Malaysia, dia Pengarah Pilihanraya Pas,” kata Haji Hadi kepada beberapa wartawan di perkarangan Masjid Rusila tadi.

Mengulas lanjut dengan tragedi tersebar video sex Mustaffa Ali, Hadi berkata:

“Saya tak suka politik seperti ini dilakukan untuk mengaibkan pemimpin hatta kepada Dato’ Najib sekalipun”.
Presiden Pas berkata, beliau akan solat hajat bersendirian bagi mendapat pertunjuk Allah mengenai isu pembongkaran video sex yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung Pas, Dato’ Mustaffa Ali.

Beliau juga turut mengulas tidak mustahil rakaman video tersebut diedarkan oleh rakan parti dari pakatan rakyat sendiri untuk menjatuhkan imej Mustaffa Ali memandangkan pembahagian kerusi calon PAS pada PRU 13 ini ditentukan oleh Mustaffa Ali.

Hadi juga turut mengesahkan bahawa memang terdapat perebutan kerusi parlimen dan dun diantara PAS dan PKR bagi menghadapi PRU 13 ini dan ianya amat merumitkan bagi kedua dua parti untuk mencapai keputusan.

4 comments:

Anonymous said...

Ini betul2 memalukan. Bukan shj kpd Parti PAS itu sendiri, tetapi umat Islam keseluruhannya. Bayangkan, seorang tokoh agama, yg selama ini dihormati, kerana perwatakan yg dilihat sebagai warak. Ditambah pula beliau sendiri mewakili Parti yg kononya memperjuangkan Islam, tapi diri sendiri bergelumang dgn dosa2 besar.... Adakah ini satu contoh baik, yg nak ditunjukkan kpd anak2 muda yg kebanyakannya menyokong perjuangan PAS...?? Cakap tak serupa bikin.

ZA Abdullah said...

Ini betul2 memalukan. Bukan shj kpd Parti PAS itu sendiri, tetapi umat Islam keseluruhannya. Bayangkan, seorang tokoh agama, yg selama ini dihormati, kerana perwatakan yg dilihat sebagai warak. Ditambah pula beliau sendiri mewakili Parti yg kononya memperjuangkan Islam dan hukum Hudud, tapi diri sendiri bergelumang dgn dosa2 besar.... Adakah ini satu contoh baik, yg nak ditunjukkan kpd anak2 muda yg kebanyakannya menyokong perjuangan PAS...?? Cakap tak serupa bikin....!

ZA Abdullah said...

Saudara admin, boleh tolong remove komen yg takde nama tu, kerana kedua-dua nya milik saya. sebab itu ia serupa, cuma di komen yg ada nama, saya tambah sedikit untuk lebih lengkap. tq. Yg ini tak payah publis, hanya pemberitahuan pada admin.

Anonymous said...

zaman sekarang zaman teknologi yg canggih.. bermacam2 benda bleh buat.. mcm mna org PR nk percaya. kalau BN sering memainkn politik lucah.. yg bkn pom dibuat2kn.. apath lg yg btul2 brlku... krna mrka sdh anggap politik BN adlh politik lucah...

Isu Terkini

get this widget here