Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Saturday 25 May 2013

Bersediakah Anda Barisan Nasional Sebuah Parti Tunggal

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) perlu mewujudkan makmal bagi mengkaji cadangan untuk menjadikan gabungan parti tersebut sebagai parti tunggal dalam usaha memastikan kelestarian BN pada masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan berkenaan ada rasionalnya dan selepas penubuhan makmal tersebut mungkin boleh dibuat konvensyen untuk membolehkan pemimpin BN duduk bersama membincangkan hala tuju serta kelangsungan parti.

Jelasnya, perkara itu perlu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat berikutan keputusan pilihan raya umum lalu yang menyaksikan perubahan pola pengundian demi memastikan BN terus kekal relevan.

“Ada yang berpendapat mungkinkah sudah sampai masa bahawa penggabungan itu dapat dibentuk dalam satu situasi yang lebih mantap iaitu BN sebagai sebuah parti politik, bukan lagi gabungan pelbagai parti politik iaitu 13 parti komponen.

“Ini perlu difikirkan untuk tempoh beberapa bulan dan setahun ke hadapan, kalau boleh selepas makmal mungkin dibuat satu konvensyen maka pemimpin BN boleh duduk bersama membincangkan hala tuju dan kelangsungan parti di masa depan," katanya sempena lawatan kerja ke Phuket hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang mahu BN bersifat sebagai satu parti, kelmarin.

Ditanya apakah beliau akan membawa cadangan penubuhan makmal itu ke peringkat lebih tinggi, Muhyiddin berkata, pandangan tersebut sudah disuarakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas keputusan pilihan raya umum lalu diperoleh.

“Mungkin satu daripada perkara yang kita akan teliti ialah struktur BN itu sendiri, bukan lagi sekadar kosmetik tetapi secara serius bagaimana ia harus berubah daripada yang lama kepada struktur baharu yang lebih ke hadapan," jelasnya.

Ini kerana jelas Muhyiddin, beliau melihat cadangan itu mempunyai asas tetapi menuntut setiap parti melakukan kajian mendalam dengan mendapatkan maklum balas serta pandangan anggota parti kerana ia melibatkan soal organisasi dan struktur penubuhannya.

Menurutnya lagi, walaupun cadangan itu mungkin berdepan tentangan tetapi yang penting setiap anggota parti perlu melihat ke hadapan dan jika merasakan ia wajar, satu mekanisme pelaksanaan yang boleh diterima oleh semua anggota perlu dikemukakan segera.

“Ini soal muhasabah, kita kena lihat struktur BN yang sedia ada, apakah sudah sampai ketikanya sebuah parti yang dinamakan BN dibentuk, bukan lagi dalam bentuk gabungan parti-parti komponen BN tetapi BN sebagai sebuah parti politik," terangnya lagi.

Dalam perkembangan berasingan, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata, bedah siasat berhubungan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu ketika ini sedang dilakukan oleh sebuah badan yang dilantik khas dan dijangka diketahui selewat-lewatnya Julai ini.

Katanya, bagi memastikan analisa yang tepat serta telus pasukan khas tersebut dibentuk dari kalangan mereka yang tiada kaitan dengan parti bagi memberi kebebasan sepenuhnya untuk mengemukakan kelemahan-kelemahan tertentu serta cadangan membina.

“Kita tidak mahu berselindung, kita hendak tahu apakah sebab BN menang atau kalah, apa faktor yang menyebabkan kemenangan dan kekalahan dan lebih lanjut adalah perakuan-perakuan yang kita akan buat untuk menentukan supaya BN terus relevan," katanya. - UTUSAN

2 comments:

Anonymous said...

kalau betullah berlaku, AKU akan tetap menjadi ahli PAS seumur hidup. demi hendak menyelamatkan kaum kaum bukan MELAYU, pemimpin UMNO sanggup lakukan apa saja. UMNO dah semakin tak relevan lagi bagi orang orang MELAYU kiranya benarlah ianya berlaku. tak payah nak diberikan alasan apa sekali pun.

Seri said...

itulah yang mereka hendak hancurkan kesatuan bangsa melayu...

Isu Terkini

get this widget here