Ketika pemilihan Umno semakin hampir, rata-rata pemimpin-pemimpin Umno sudah mengumumkan penawaran masing-masing untuk mempertahan dan merebut jawatan tertinggi dalam parti, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda, Fathul Bari Mat Jahya nampaknya tidak mahu ketinggalan.
Menulis dalam laman mikro Twitter miliknya, Fathul menyatakan kesediaanya untuk bertanding dalam Exco Pemuda Umno demi memperjuangkan Islam.
Katanya, kesediannya itu juga bertitik tolak daripada janji Presiden dan Ketua Pemuda Umno, jawatan tersebut dapat dijadikan platform bagi memperjuangkan Islam.
“Kesediaan saya untuk bertanding Exco Pemuda Umno kerana saya dijanjikan bahawa platform itu boleh dimanfaatkan untuk memperjuangkan Islam,” tulisnya.
Sebelum ini, Umno-BN telah memilih Fathul Bari sebagai salah seorang calon ulama bertanding pada PRU13, 5 Mei lalu.
Beliau dicalonkan di Dun Sanglang bagi menewaskan calon Pas, namun tidak berhasil.
Jawatan Exco Pemuda Umno kini disandang oleh Mohd Suffian Awang, Shafiqurrrahman Shamsudin, Datuk Sohaimi Shahadan, Mohd Gasing Saling, Ustaz Affendi Yusof dan Datuk Wan Amizan Wan Abd Razak. sumber penulisan
#PPM suka melihat UFB tampil untuk bertanding kerana matlamat dan konsep perjuangannya telah lama kami kenali berbanding orang yang sekadar muncul bila hendak bertanding. Apatah jenis calon yang cuba tampil dengan menunjuk-menunjukan dia arkab dengan Ketua Pemuda musim lalu..
No comments:
Post a Comment