Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Friday, 2 August 2013

Sekali Ketua Pengarah Jasa Disentuh Soldadu Yang Kepanasan

Adalah satu lumrah biasa dalam Barisan Nasional kerana dalam berberapa situasi jika mana-mana individu yang berkedudukan tertinggi dan apatah lagi penasihat PM, jika disentuh atau ditegur bakal mengundang masalah buat yang membongkarkannya. Silap-silap ramai soldadu maya datang serang, jangan main-main.

Itu hakikat yang parah berlaku dalam Barisan Nasional. Wabak penyakit yang dari dulu sampai sekarang belum pernah pulih. Inikah pendekatan BN dari zaman berzaman?

Baru-baru ini PPM ada mendedahkan perihal kelibat Favcebook tertera nama Fuad Hassan mirip Ketua Pengarah Jasa, telah mengeluar kenyataan secara melulu tanpa menjalankan siasatan terlebih dahulu hingga akhirnya terang-terang menampakan dirinya tersalah langkah. Situasi ini adalah tidak wajar sama sekali buat seseorang bergelar, penasihat Perdana Menteri boleh bertindak mengelur kenyataan tanpa siasatan terlebih dahulu. Sedangkan jasa mempunyai kekuatan jentera yang mampu turun padang untuk siasat apa yang sedang berlaku.

Tetapi sentuhan PPM menjadi sesuatu yang sensetif, malah ramai soldadu maya bangkit menyerang, tanpa menilai ayat yang tertera "Bodoh dan Bebal" mampu menyentuh tahap integriti Jasa yang berperanan sebagai mata dan kakitangan kerajaan. Oleh itu jika Noh Omar mengeluarkan kenyataan ini dan bagaimana dengan situasi Ketua Pengarah Jasa sekarang? Anda fikir dan nilaikan apa yang sebenar kita mahu.





Kalaulah itu akaun palsu, sepatutnya KP Jasa nafikan tetapi bagaimana jika betul, tak akan lah buat senyap jak. Tetapi adakah patut kalau ada tindakan seseorang yang berkedudukan tinggi bercakap bergini, maka kita kenalah bodek bagi kuat lagi?

Adakah kita mahu mempunyai ketua-ketua sebarang jabatan penting dalam kerajaan bertindak mengikut perasaan dan adakah ini boleh memberi kelebihan kepada BN untuk berdiri di PRU14?

8 comments:

Anonymous said...

Blogger PPM menunjukkan sisi kurang matang dgn mencari isu yg bkn isu, pelayar media maya hari ini telah matang menafsir maklumat yg disogok atas dasar mencari "pasal"-fantasipolitik #anakKL

TEROPONGBUKITPENINJAU said...

Cikgu yang dihormati, cuba faham content ayat KP Jasa tu secara keseluruhan. Beliau menggunakan ungkapan "JIKA BENAR......". Dalam komen cikgu pulak, kenapa ungkit tentang sumbangan Jasa dalam PRU13 lalu? Apa sakitnya cikgu dengan Jasa ni? Kalau cikgu dah berhenti dengan Politeknik dan nak kerja dengan Jasa sebagai bloger, jumpalah dengan KP Jasa. Itu lebih baik daripada dok balun KP Jasa dan Jasa.

Anonymous said...

Samseng mcm Fazil tok mesti dilayan mcm samseng juak..kali nya rasa nya brani..mok di test keberanian PPM tok..jom kitak chek kekebalan Fazil tok..kerak suruhan Musyidul Am Tok Guru Aziz Tambi.

Anonymous said...

Betul ka Dato Idris Buang nak ganti si Fuad? Kalau betul memang saya sokong.

Anonymous said...

PENGARAH JASA patut di bawa ke muka pengadilan kerana ANIYA gurubesar SK Sri Pristina.

Bawa sekali pegawai pegawai JASA yang tulis di sini. RM500 satu komen kaya la mereka sebelum raya.

Anonymous said...

Apa yang JASA buat untuk UMNO dan BN kat PRU13 selain daripada balun semua duit kita di Sarawak ? Blogger JASA bau ketiak pun pakatan tau. Kakakakakaka.

Anonymous said...

Kik kik kik, setelah saya selidiki, apalah bakti Cikgu Fadzil kepada perjuangan membela anak bangsa? Belum ada rekod yg dijumpai apa peranannya! hanya sebagai penulis blog. Ramai lagi penulis blog yang lebih hebat dan karismatik dari beliau. Hanya seperkara yang saya harapkan kepada pihak Jasa, lain kali bila nak buat program, lapor dul kepada cikgu Fadzil ni atau kawan-kawan yang sama blog dengannya.

anakmalaysia07 said...
This comment has been removed by the author.

Isu Terkini

get this widget here