Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 10 November 2013

Pengawal Perompak Pembunuh Ambank Di Tangkap 7 Pagi Johor Baharu

Tahniah buat Team Ops Cantas Bukit Aman kerana berjaya tangkap pembunuh perompak kejam Ambank fi Johor Baharu pada jam 7 pagi ini.

AsrtoAwani: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai AmbankNorazita Abu Talib, 37, dalam kejadianrompakandi Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.

Satu kenyataan dari Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah, turut mengesahkan penahanan lelaki tersebut di Kampung Belungkor, Kota Tinggi pada pukul 7 pagi ini.

“Pihak polis percaya, dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlahRM450,000dari bilik kebal itu.

Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut.


2 comments:

Anonymous said...


SALUTE TO POLIS DIRAJA MALAYSIA !!!

Anonymous said...

Tahniah PDRM. Syukur alhamdulillah berkat usaha gigh semua anggota bersatu dlm menangkap penjenayah2 ini....
Teruskan "mencantas" mereka yg merosakkan negara....

Isu Terkini

get this widget here