Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 5 March 2014

wanita Islam Menyangkal tindakan 3,000 berkumpul mempertahankan Khalimah Allah di hadapan Istana Kehakiman


Lebih 3, 000 umat Islam yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan Istana Kehakiman di sini hari ini bagi mendengar permohonan Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengenai penerbitan mingguan The Herald dilarang menggunakan kalimah Allah dalam bahasa Melayu.

Kumpulan tersebut yang berkumpul sejak pukul 7 pagi tadi turut mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin di hadapan pekarangan mahkamah.

Dalam pada itu, keadaan tiba-tiba bertukar menjadi kecoh seketika apabila seorang wanita yang mendakwa dirinya pengganut agama Islam cuba membuat provokasi dengan mempersoalkan kewajaran NGO tersebut mempertahankan kalimah Allah.

Tindakan wanita itu ditempelak oleh salah seorang peserta himpunan tersebut sehingga menyebabkan polis terpaksa menyuraikan mereka.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ketika berucap berkata, tujuan mereka berkumpul bukan untuk membuat kekecohan tetapi bagi memberi sokongan supaya kalimah Allah tidak digunakan agama lain.

"Kita hormati orang Kristian dan kitab Bible tetapi kita tolak Bible dalam bahasa Melayu tetapi kalau mereka hendak pakai bahasa Inggeris, Tamil atau Kadazan tiada masalah," katanya.


No comments:

Isu Terkini

get this widget here