Tahukah anda mengapa DAP beria-ia mendesak Dato Bandar seperti Kuala Lumpur perlu dilantik berdasarkan undi?
1- Fikirkan antara dasar utama parti DAP adalah Politik Kapitalis (anda boleh rujuk web resmi DAP)
Maksud Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan.
Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat.
Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan.
Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme.
2- Fikirkan dasar DAP juga ada menyebut menghapuskan hak bumiputera dan hak sama rata semua kaum. Adakah anda tidak terfikir apa aganda mereka setelah berjaya melantik proksi Dato Bandar?
3- Fikirkan bagaimana permulaan yang menjayakan stategi DAP. Langkah pertama mereka lakukan dengan mengawal BAR Council supaya mudah untuk manipulasikan undang-undang dan mudah mereka menjalankan aktiviti-aktiviti yang luar batas dari undang-undang seperti BERSIH.
4- Fikirkan bagaimana mereka manipulasi proses pengundian BAR Caouncil dan CEC DAP yang tidak dikawal oleh Suruhanjaya Pilhan Raya? Semuanya ikut suka hati mereka nak aturkan.
Bayangkan jika mereka mula menapak proksi sebagai Dato Bandar disetiap bandar-bandar besar di negara ini?
5- Fikirkan Siapa yang memanopoli ekonomi di Malaysia.
6- Fikirkan kedudukan penguasaan ekonomi antara kaum
7- Fikirkan siapa yang mempunyai modal paling besar.
8- Fikirkan bagaimana kerakusan PBT Pulau Pinang bagaimana mereka beria-ia menghapuskan peniaga kecil yang dilebelkan haram melibatkan kaum melayu dan india tetapi mendiamkan diri dengan pelbagai aktiviti haram yang besar seperti kilang, pusat judi dan sebagainya?
9- Fikirkan bagaimana kerakusan DAP mengusir orang melayu dan india keluar dari tanah Pulau Pinang yang ada antaramereka diami hingga ada sampai 50 tahun, tanpa ada bantuan penempatan semula yang sewajarnya?
10- Fikirkan bagaimana DAP Pulau Pinang mempunyai kuasa veto untuk menangguh sebarang usaha menyediakan rumah mampu milik?
Berdasarkan perkara di atas anda bayangkan bagaimana situasi negara ini jika Datuk Bandar melakukan tindakan bercanggah dengan perangkaan dan perancangan kerajaan pusat dalam mencapai misi membangunkan negara.
Jika Dato Bandar bercanggah kerana proksi tertentu apakah akibatnya jika melibatkan kedudukan kaum, penempatan kaum, pendapatan antara kaum dan pelbagai faktor penting yang lain.
Sesungguhnya DAP beria-ia membanding-bandingkan prihal Datuk Bandar di negara lain tetapi kenapa mereka tidak terbuka hati untuk membubarkan SJKC kalau betul-betul mereka mahu perubahan secara total?
No comments:
Post a Comment