Sebenarnya PPM sedikitpun tidak berasa terkejut dengan apa yang dinyatakan Dr Maza di FBnya:
Saya yakin hasrat Wardina amat baik untuk memastikan ajaran agama yang beliau dengar itu sahih. Hak beliau untuk bertanya apabila mendengar perkara-perkara yang dirasakan pelik.
Ustaz Don juga saya rasa bukan berniat buruk. Mungkin niat beliau ingin menyampaikan cuma kadang-kala terlepas pandang keabsahan perkara-perkara tertentu.
Saya lihat ada nilai tawaduk juga pada ucapan Ustaz Don bahawa jika dia salah tolong tegur. Itu sikap yang baik. Wardina tidak menegur langsung cuma meminta pihak yang bermaklumat menegur.
Itu pun suatu nilai yang amat baik. Mudah-mudahan kebaikan bertemu kebaikan menatijahkn kebaikan yang lebih besar.
Bunyinya cukup mulia cumanya satu yang Dr Maza tidak sentuh adakah kaedah memuat naik 5 video yang di edit dan dilebelkan tahap hadis palsu dan diwar-warkan di dalam Facebook dinamakan satu amalan mulia?
Sebelum ini PPM ada copy paste isu penjelasan Ustaz Dhiya Zaid Bancuh Dengan Bukti Kitab Lama klik dan baca disini rasanya itu jawapan yang diminta Wardina. Tetapi menjadi panas dengan pelbagai pendapat dari pelbagai pihak.
Kalaulah isu dibualkan antara "Wardina bertemu Ustaz Don" atau "Wardina bertemu Majlis Islam untuk meminta disiasatkan kesahihan penyampai Ustaz Don, secara diam-diam". Bukankah lebih bijak.
Satu persoalan yang harus difikir menyatakan dengan secara terbuka di media sosial dengan mengggunakan "Hadis Palsu" adakah wajar?
Mungkin suatu hari nanti masyarakat kita boleh mengambil contoh hingga hak bertanya atau pertikaikan ibu-bapapun boleh menggunakan facebook? Kerana hak bertanya lebih mulia walaupun dilihat membuka pekong ibu-bapa, dan apatah lagi jika isunya belum pasti sepertimana Wardina tidak pasti kesahihan Hadis yang dibicarakan Ustaz Don?(ini sekadar contoh)
Andaikata kebenaran Ustaz Don lebih tinggi. Bagaimana dengan nasib dengan maruah Ustaz Don yang tercalar dengan kaitan penyebaran hadis palsu? Melainkan Dr Maza ada jawapan sebaliknya yang menyebabkan dia yakin Wardina harus diberi pujian melambung.
Tahniah isu menyebabkan imej Ustaz yang lemah lembut seperti Ustaz Don diabaikan demi ego seorang wanita yang lebih menjurus mencari isu sensasi di Fan Pages nya berbanding memahami peradaban bertanya. Terutama orang yang bertanya sendiri tidak tahu siapa yang benar atau salah. Itu pendapat PPM.
Satu lagi PPM berminat sangat dengan dua hujah Ustaz Dhiya Zaid yang terbaru yang kita boleh sambung dari episod sebelum ini, wajar kita renungan semula sebagai penutupnya. iyalah sudah terlanjur Wardina buka persoalan di facebook mari kita buka kesemuanya.
Hujah pertama Magic
Kita sudah bawakan kitab rujukan. Tetapi masih ada yang tidak puas hati. Mereka mengatakan cerita ini tidak logik dan tidak masuk akal. Asal bawa kitab sahaja. Fuhhh! Letih main dengan orang macam ini.
Mula-mula mereka tuduh ini cerita palsu. Bila kita bawakan kitab rujukan yang dikarang oleh ulamak yang bukan calang-calang orangnya, mereka katakan pula, "Jangan main ceduk ja". "Kitab tidak boleh menjadi hujjah kesahihah sesuatu cerita." "Kisah itu tidak selaras dengan Al-Quran dan Sunnah." Fuhhh! Memang letih sangat-sangat main dengan orang serba tahu. Semua orang salah. Dia sahaja yang betul.
Allah. Allah.
Ada juga mulut-mulut tidak "ditahnik" mengatakan "Takkanlah telaga Zamzam & Telaga Barahut itu boleh memuatkan semua ruh-ruh."
Oh!
Fahamilah baik-baik, yang "klimak" kepada cerita yang dibaca Ustaz Don adalah bukan tentang ruh tersebut, tetapi berkisar tentang orang yang memutuskan silaturrahim. Ini ceritanya. Kalau nak cerita bab ruh, baik buka kitab Ar-Ruh karangan Ibn Qayyim. Lagi pula kita tidak disuruh sembang-sembang pasal ruh ini kerana kita sendiri tidak mengetahui hakikat ruh tersebut. Dalam Al-Quran sudahpun menjelaskan. Firman Allah Ta'ala:
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.” (Surah Al-Israa’: 85).
____________________
Kesimpulan.
1. Para Ulamak khilaf tentang di mana tempatnya ruh selepas keluar daripada jasad. Hal ini dijelaskan oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ar-Ruh.
2. Tidak semua kisah yang tidak selaras dengan Al-Qur'an dan Sunnah ianya tidak sahih. Berapa banyak kisah-kisah benar yang berlaku di zaman para Sahabat, para Tabi'en, Salaf As-Soleh, para Auliya' yang kadang-kadang tidak selaras dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Ini kerana di sana ada yang namanya KARAMAH. - sila rujuk Matan Al-Aqidah At-Thahawiyah & Matan Jauharah At-Tauhid -
3. Sesuatu perkara yang terjadi di dunia ini kadang-kadang tidak boleh dita'bir dengan logik akal. Ada perkara yang kita boleh fikir dan rasional pada pandangan akal manusia. Tetapi di sana ada juga perkara yang yan g diistilahkan sebagai "Irhash" atau "khariqul ’adat" yang terjadi dengan kuasa dan kehendak Allah Ta'ala. - bukan kuasa manusia -
4. "Beghat Nanang" kalau sampai kita mengatakan bahawa ruh-ruh manusia tidak muat masuk ke dalam telaga. Jangalah pandai-pandai. Kita tidak tahu tentang urusan ruh. Hang tahu mana dalam telaga ada ruh-ruh manusia. Hang tahu mana ruh-ruh tidak muat masuk dalam telaga.
5. Tentang telaga Barahut itu, ada hadisnya. Tentang ruh yang berada dalam telaga pun ada riwayatnya. Sila rujuk kitab Ibn Qayyim. Sekali lagi saya katakan, ulamak khilaf tentang di mana letakknya ruh ini selepas mati. Tidak perlulah kita panjang-panjangkan cerita. Jika ingin mengetahui lebih lanjut, pergilah belajar dengan Tok Guru. Jangan belajar di 'mukabuku' dan 'google' sahaja.
6. Sebahagian kita mungkin lebih mempercayai 'tokoh' yang hidup di zaman kita kerana dia memiliki Phd. Sehingga kita lupa kepada 'ulamak' kita yang hidup di zaman lampau, kerana mereka tidak mempunyai Phd. Begitukah kita? Mungkin kita boleh menuding jari bahawa Imam Az-Zahabi dan Ibn Hajar Al-Haytami mungkin melakukan kesalahan. Tetapi kenapa kita tidak boleh menuding jari kepada 'tokoh' yang hanya menulis pendapatnya dibalik "laman sosial" sebagai orang yang mungkin juga silap dan salah pendapat dan tulisannya. Kenapa tidak begitu?
7. Mungkin 'tokoh' di zaman ini lebih memahami Al-Quran & Hadis berbanding Imam Az-Zahabi & Ibn Hajar Al-Haytami sehingga boleh menilai kisah yang disebut oleh para Ulamak kita 'bercanggah' dengan Al-Quran & Hadis.
8. Janganlah kita perlekehkan dan permainkan kisah ini. Sehingga mengatakan kita boleh seru ke telaga tersebut bertanyakan bagaimana keadaan MH370. Ini baru betul "cerita palsu" yang perlu disiasat. Jika kita tidak bersetuju, DIAM sahaja. Jika kita tidak tahu, DIAM sahaja. Jika kita ingin tahu, BELAJAR & BERTANYA PADA AHLINYA.
Sekian.
Terlebih kurang, mohon ampun dan maaf.
Hujah Kedua Tidak Masuk Akal
Tidak!
Tidak semua perkara yang berkaitan dengan agama mesti logik dan masuk akal. Ada perkara-perkara yang terkadang tidak mampu terjangkau dek akal dan logik manusia yang serba naif ini. Ada peristiwa-peristiwa yang kadang-kadang tidak masuk akal, kerana ia memang tidak terjangkau oleh akal manusia. Kerana apa? Apa tujuannya? Supaya manusia sedar mereka lemah, agar manusia sedar ada kuasa yang Maha Hebat yang wajib DIIMANI dengan penuh penyerahan di hati.
Contoh mudah peristiwa Isra' & Mi'raj.
Nah, jika 'ungkapan' seperti ini terus dibiarkan, umat Islam di Malaysia akan menilai agama berdasarkan rasional akal mereka. Maka jangan hairan jika ada orang yang mengatakan;
"Takkanlah kerana tidak pakai tudung masuk Neraka."
Berhati-hatilah!
#PPM note.. Semoga 2 hujah ini memberi kelebihan untuk kita renungi bersama.
Wallahu a'lam..
