PAS masih juga mencari helah demi helah untuk menyerang UMNO demi untuk melindungi Anwar dari dipersoalkan rakyat tentang kenyataan Mendukung Keselamatan Israel di Wall Street Journal. Perasit Tuan Ibrahim cuba mengalih perhatian rakyat dengan mengaitkan surat Tun Dr Mahathir konon menyokong Israel.
Ceritanya mudah, sebenar Tuan Ibrahim sedar isu kata dua yang disuarakan Nik Aziz dan majlis syura PAS kepada Anwar iaitu samada menarik kenyataan di WSJ atau menyaman WSJ, yang langsung tidak diambil endah oleh Anwar. Malah Nik Aziz dilihat bergitu mudah termakan hujah auta Anwar tentang pandangan Hamas dan Fatah. Malah Anwar sebelum itu juga telah menyiarkan gambar pertemuannya dengan Hamas dan Dr. Yusof al-Qaradawi, kononnya kedua-duanya faham akan apa yang sampaikan Anwar. Kononnya kenyataan Anwar itu tak ada salah-silapnya.
Tiba-tiba Nasaruddin Mat Isa yang juga pengerusi Yayasan al-Quds Malaysia, tampil mengatakan seramai 63 ulama telah mengeluarkan fatwa kepada mana-mana umat islam yang mengeluar kenyataan menyokong Yahudi atau mengiktiraf keujudan Israel, adalah pengkhianat kepada islam, pengkhianat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasulnya. antara ulasan Nasaruddin "Tidak boleh sama sekali, satu inci pun tanah Palestin itu diberikan kepada Yahudi, tidak ada mana-mana individu, mana-mana organisasi, boleh membenarkan taanah Palestin ini diberikan kepada Yahudi kerana inilah sebahagian darpada perjuangan yang berkaitan dengan akidah". Antara 63 ulama tersebut adalah Dr. Yusof al-Qaradawi. Nasaruddin juga telah bertemu dengan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Kuwait, turut menyatakan tanda kesal keatas kenyataan Anwar yang mendukung keselamatan Israel. Dari pertemuan tersebut, membuktikan yang Anwar telah menipu rakyat dengan mengatakan kenyataan Anwar tersebut, telah mendapat sokongan Hamas dan Sheikh Dr. Yusof al-Qaradawi.
Dari situ Anwar terperangkap dengan satu lagi tekanan yang menunjukan dia benar-benar menyokong Yahudi. Apatah datang pula Raja Petra Kamarudin mendedahkan Anwar memerlukan dana 600juta untuk PRU13, menyebabkan rakyat lebih yakin mengatakan Anwar terdesak hingga terpaksa mengambil resiko mengeluarkan kenyataan Mendukung Keselamatan Israel kerana dana buat PRU13. Inilah kenyataan pembuktian kesetian Anwar kepada Yahudi.
Hakikatnya Yahudi memang secara senyap-senyap memberi sokongan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang telah berlaku di negara-negara Arab, Anwar dengan kerjasama Yahudi menghidupkan gerakan NGO untuk menghasut rakyat dengan memburukkan kerajaan, untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Anwar juga didedahkan oleh banyak pihak tentang sifat anti ulama hinggakan bekerja keras mencari helah dan cipta krisis dan gerakan jentera menjatuhkan mana-mana golongan ulama didalam PAS yang bercanggah dengan matalamatnya, seperti Hassan Ali malah Nasaruddin juga dilihat dalam keadaan bahaya. Buat krisis kerajaan negeri Kedah juga melibatkan sentuhan khianat Anwar secara halus untuk mengantikan semua keanggotaan tertinggi dengan perasit-perasit yang boleh menghalalkan apa sahaja yang bakal anwar corakan kepada negara ini mengikut arahanan halus dari sekutunya Yahudi. Tak mustahil Nik Aziz juga akan disingkir jika melawan arus atau berpatah arang dengan Anwar di satu masa nanti.
Kenyataan Tuan Ibrahim di Haramkah yang cuba mengaitkan Tun Dr Mahathir dengan mengiktirafkan Israel, sebenarnya lebih bersifat mengalih perhatian rakyat demi kesetiannya kepada Anwar, dan sebagai langkah terdesak untuk menutup penghinaan dilakukan Anwar yang tidak menghormati langsung kata dua Nik Aziz dan majlis syura PAS. Dari sini, apa jua kenyataan dari PAS tentang Israel patut disangkal rakyat, patut diwas-waskan oleh rakyat, kerana jelas sekarang PAS banyak mainkan wayang-wayang sendiwara demi agenda parasit-parasit dalam PAS yang mengharapkan sesuatu dari Anwar dan bayangan nafsu pemimpin PAS dari bayangan kenikmatan Putrajaya.
No comments:
Post a Comment