Haji Hadi sudah pandai sebut pasal rasuah sejak-jemenjak termakan Pujuk Anwar Sampai Termakan Terlunjuk. Sekarang cuba mencari helah untuk mengaitkan DS Najib dengan rasuah ganjaran yang bakal diterima peneroka Felda tidak lama lagi. Bila dengar hal warga Felda dapat ganjaran mereka mula kecut perut sebab Pakatan Haram tengah berusaha sedaya upaya menghasut warga Felda memulaukan Penyenaraian IPO FELDA Global Ventures Holdings membawa banyak menafaat kepada warga FELDA, orang Melayu, negara dan juga memacu ekonomi Malaysia kehadapan.
Kerisauan Haji Hadi dan Pakatan Haram juga berpunca dengan sokongan rakyat kepada UMNO BN meningkat dengan pantas setelah DS Najib merealisasikan Tranformasi Kerajaan melalui BR1M berjumlah RM500 yang diberikan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, bantuan RM100 untuk murid-murid sekolah dan RM200 dalam bentuk baucer buku kepada pelajar-pelajar universiti. Ini telah membuktikan DS Najib amat perihatin kepada kebajikan rakyat.
Manakala Pakatan Haram dibelengui dengan berbakul-bakul janji-janji yang gagal ditunaikan kerana tiada kemampuan mencari sumber dana untuk merealisasikan janji-janji mereka mengikut setiap negeri jajahan Pakatan Haram. Sebab itu mereka tidak berani bercakap janji-janji PRU12 dan cuba memesongkan perhatian rakyat dengan janji-janji baru pula, khas untuk PRU13. Walaupun kebayakan idea bakal membungkuskan sumber Petronas menjadi muflis. Ada mereka perduli! Tentu tidak sebab mereka buat janji berdasar apa yang terlintas untuk menyerang UMNO BN dan bukannya melalui penyelidikan dan penilaian bagaimana mendapat sumber selain dari yang sedia ada.
Lihat DS Najib sentiasa berusaha mencari sumber-sumber baru termasuk Lynas yang Pakatan Haram takut sangat kalau ianya berjaya menyumbang sumber pendapatan terbesar kepada negara menyaingi Petronas dan Felda. Kalau kerajaan ada 3 sumber besar lagi besarlah faedah dan ganjaran rakyat dapat. Itulah mimpi-mimpi negeri siang dan malam Pakatan Haram.
Kalaulah semuanya usaha kerajaan dilebelkan rasuah oleh Haji Hadi dan Pakatan Haram, besar mana sangat rasuah itu berbanding rasuah pintu syurga oleh Nik Aziz buat rakyat yang menyokong PAS dan Pakatan Haram. Rasuah syurga nilainya tidak terbeli dengan wang ringgit, lagilah besar tahap rasuah tersebut.
Itu belum ambil kira Pakatan Haram cuba merasuah rakyat dengan mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya memenangi pilihan raya umum akan datang. Itu lagi besar RM43 bilion. Kenapa Pakatan Haram tidak lebelkan sebagai rasuah. nampak sangat Pakatan Haram terdesak untuk mempolitik apa sahaja demi meraih sokongan.
Itu belum ambil kira Pakatan Haram cuba merasuah rakyat dengan mahu menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sekiranya memenangi pilihan raya umum akan datang. Itu lagi besar RM43 bilion. Kenapa Pakatan Haram tidak lebelkan sebagai rasuah. nampak sangat Pakatan Haram terdesak untuk mempolitik apa sahaja demi meraih sokongan.
3 comments:
Rasuah musuh kita!!
PENDUDUK FLAT 4 TINGKAT KERINCHI UCAP TERIMA KASIH KEPADA NURUL IZZAH!! Baca di sini..
http://apakecoh2.blogspot.com/
Apalah jasa Nurul Izzah kecuali menjaja yg bapaknya tak main chinadoll & jubo Saiful. Yg ditanya org PKR. Tanya org lain, pasti dia kena pancut...
Pemimpin UMNO kaya raya...Lu pikirlah sendiri...
Post a Comment