Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday 12 April 2012

PAS Menghalang Akar Umbi Perjuangkan Soal Akidah


Semenjak Hasan Ali dipecat, Hasan Ali semakin bebas berjuang mempertahankan akidah umat. Namun demikian PAS tidak penah berpuas hati, walaupun setelah pemecatan Hasan Ali kerana sehingga sekarang mereka berasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan Hasan Ali kerana itu arahan dari kuasa yang lebih besar dari tututan agama iaitu Azmin Ali dan Anwar.

Apasalahnya kalau PAS biarkan Hasan Ali perjuangkan soal-soal akidah jika buat masa ini PAS tidak berkesempatan untuk tujuan itu kerana terlampau sebok mengejar bayang-bayang Putrajaya. Biarlah dia bergerak sebagaimana Kerajaan Pusat membenarkan mereka bergerak sebebas-bebasnya. Lagipun Hasan Ali bukan setelah keluar dari PAS baru hendak perjuangkan Akidah Umat, dia berjuang semenjak berada di dalam PAS. Masalahnya PAS tidak mendapat arahan bertulis dari Pakatan Haram jadi boleh disifatkan sebagai apa yang Hasan Ali lakukan semasa dalam PAS dianggap sebagai satu gerakan yang salah kepada dasar parti dan dasar Pakatan Haram.

Tidak apalah kalau memperjuangkan akidah umat dianggap sedemikian rupa, tetapi setelah Hasan Ali rela lepaskan segala jawatannya dan ganjarannya, demi semangatnya hendak memperjuangkan akidah umat. Kenapa masih ada orang-orang PAS tidak puas-puas lagi untuk memfitnah Hasan Ali? Inikah atas arahan-arahan Pakatan Haram yang tidak sedap duduk dengan perjuangan Hasan Ali. Arahan semenjak Hasan Ali masih bersama PAS sehingga di pecat.

Dimana kedudukan Majlis Ulama dalam PAS sekarang yang kononnya mempunyai Majlis Syura mampu mengawal tindak-tanduk perjalanan Parti. Kenapa kehadiran Majlis Syura Ulama sekarang lebih dilihat untuk mempolitikan apa sahaja kemungkaran Pakatan Haram supaya dihalalkan. Adakah rakyat tidak nampak bagaimana PAS mempolitikan islam hingga habis melanggar akidah, syariat dan rukun, semuanya dibungkus seperti sampah sarap, demi teruja dengan janji-janji Anwar, PKR dan DAP dengan bayangan kegairahan menduduki tahta Putrajaya. Salahkan Majlis Ulama memberi ruang kepada Hasan Ali atas dasar haknya untuk berjuang ke jalan Allah. PAS jangan terlampau perasan sangat hingga hanya mereka dan warga PAS dan Pakatan haram sahaja yang layak memperjuangkan ke jalan Allah?

1 comment:

Anonymous said...

dulu Pas kata sanggup mati kerana mempertahankan islam tapi sekarang....

Pas sanggup mati mempertahankan bangsa cina Dap yang selamanya menentang penubuhan negara islam dan hudud Pas..

Pas dah sesattt...

Isu Terkini

get this widget here