Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 25 April 2012

Pendedahan Berani Mati Zulkifli & UFB Syahidkah Tragedi Memali Tersalah Ikut Amanat Haji Hadi Yang Dibatalkan


Pendedahan Berani Mati Zulkifli & UFB Bila soal trajedi Memali, Syahidkah Tragedi Memali Tersalah Ikut Amanat Haji Hadi Yang Dibatalkan Telah banyak persoalan yang timbul haji Hadi tersalah menyebarkan amanatnya kepada akar umbi PAS. Akibatnya ada golongan yang tabsud mengambil amanat tersebut sebagai kata-kata yang menuntud mereka berjuang hingga akhir nyawa semata menegejar syahid. Persoalannya Pendedahan Berani Mati Zulkifli & UFB Syahidkah Tragedi Memali Tersalah Ikut Amanat Haji Hadi Yang Dibatalkan . Ikut apa diperhujahkan dibawah dan apa yang diperkatakan    Ustaz Fathul Bari Mat Jahya UFB ..


Pendedahan Berani Mati Zulkifli & UFB Syahidkah Tragedi Memali Tersalah Ikut Amanat Haji Hadi Yang Dibatalkan

AMANAT HAJI HADI 1981 
“Saudara-saudara sekelian percayalah. Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah Kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan Perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah! Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapai mereka. Oleh kerana itulah kita cuba berlawan dengan mereka!

Percayalah saudara-saudara, perjuangan kita adalah jihad! Ucapan kita adalah jihad! Derma kita adalah jihad! Bergantunglah kita kepada ALLAH dengan menghadapi puak-puak ini. Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam! Kita tidak perlu masuk Budha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku!”.
JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 1981’
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU KAFIR

Cuba bandingkan “Amanat Hadi 1981” ini dengan “Amanat Hadi 2003”, iaitu ucapan Ayah Chik (pada masa itu adalah YAB Menteri Besar Terengganu setelah PAS menang dalam PRU 10) pada 18 Januari 2003 dalam “Amanat Perdana Pemangku Presiden YAB Tuan Guru Dato’ Haji Abdul Hadi Awang” bertajuk “Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan”.

AMANAT HAJI HADI 2003

“Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syari’at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud diperingkat Persekutuan. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan diperingkat Persekutuan!

Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, Barisan pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat Persekutuan, yang mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!”. 

JELAS MAKSUD ‘AMANAT HADI 2003’!
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ITU CUKUP ISLAMIK!
POLITIK DUALAM?

Dalam tempoh 30 tahun, Ayah Chik bercakap tentang dua pendirian yang bukan sahaja berbeza, tetapi bertentangan dan bercanggah satu sama lain dari segi prinsip dan perjuangan. Kalau ikut bahasa pasar, dua kenyataan diatas menggambarkan seseorang yang double talk”, seseorang yang “sudah terbalik kot”? Dalam bahasa politik, dipanggil sebagai “politik dualam”!!!

“Amanat Hadi 1981” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai bercanggah dengan Islam dan “KAFIR”!

“Amanat Hadi 2003” mengisytiharkan Perlembagaan Persekutuan sebagai cukup Islamik dan akan didokong!

Akibat daripada “Amanat Hadi 1981” ini, berlakulah peristiwa kafir mengkafir! Keluarga berpecah. Adik beradik berpisah! Rumahtangga berkecai! Suami isteri bercerai berai! Solat dua imam menjadi-jadi! Hubungan keluarga terputus! Kenduri diboikot! Sembelihan orang UMNO jadi haram!

Kemuncak kepada “Amanat Hadi 1981” ini ialah peristiwa Kg. Memali, Baling yang berlaku pada 19 November 1985. Bila mana Allahyarham Ustadz Ibrahim Mahmood @ Ibrahim Libya, (yang mahu menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud) bersama 13 pengikutnya terbunuh dalam pertempuran dengan pihak keselamatan. Turut terbunuh ialah 4 orang pegawai dan anggota FRU 5 dari Ipoh.

Setelah 30 tahun berlalu, Ayah Chik kini menjadi Presiden PAS, setelah mengambil alih jawatan daripada Allahyarham Ustadz Fadzil Noor pada 14 Sept 2003.

Sudah tentu ramai yang beranggapan sebagai Presiden PAS, sudah tentu Ayah Chik akan melaksanakan “Amanat Hadi 1981”, akan berjuangan menolak Perlembagaan Persekutuan yang “dikafirkan”, dan sebaliknya berjuang menegakkan Negara Islam dan melaksanakan hudud dan laon-lain!

Tetapi sebaliknya yang berlaku. “Amanat Hadi 2003” menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai “cukup Islamik dan boleh didukongi”! Dan kesan “Amanat Hadi 2003” membawa implikasi yang sangat memeranjatkan ramai pengikut setia dan taqsub Ayah Chik sendiri!

Bersuaian dengan Amanat Hadi 2003 ini, maka lahirlah Dokumen Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkan BiaDAP-PKR-PAS pada 18 Dis 2009 yang bersetuju tidak menjadikan perjuangan Negara Islam dan perlaksanaan hudud sebagai agenda bersama.

Ini diikuti dengan kelahiran Kitab Jinggay yang langsung tidak menyebut soal Negara Islam dan perlaksanaan hudud. Kemuncaknya ialah perisytiharan Manifesto Bersama Pakatan BiaDAP-PKR-PAS 2011 yang jelas tidak menjadikan penubuhan Negara Islam sebagai agenda dan menolak perlaksanaan hudud sekiranya mereka diberi peluang memerintah Malaysia (na’uzubillah). PETIKAN PENULISAN ZULKIFLI NORDIN

Merujuk semua penjelasan kedua-dua Zulkifli Nordin dan Ustaz Fathul Bari Mat Jahya perlu dipersoalkan kemana perginya kutipan tabung memali (Klik Untuk Detail Sini) yang kononnya untuk membantu keluarga mangsa Memali dan penahkah Haji Hadi memohon maaf kerana kesalahannya menyebarkan amanat 1981? Wajar Haji Hadi tampil menjawap Pendedahan Berani Mati Zulkifli & UFB Syahidkah Tragedi Memali Tersalah Ikut Amanat Haji Hadi Yang Dibatalkan

No comments:

Isu Terkini

get this widget here