Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 15 May 2012

Ambiga Sreenevasan Patut Berbangga Dengan Hak Kebebasan Bersuara Diamalkan Kelab Bekas Tentera

Seperti slogan Pakatan Rakyat yang memperjuangkan kebebasan hak bersuara, Ambiga Sreenevasan Patut Berbangga dengan Hak Kebebasan Bersuara Diamalkan Kelab Bekas Tentera yang tampil di depan rumahnya untuk menyuarakan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan Ambiga Sreenevasan terhadap negara Malaysia.

Jika kebebasan hak asasi manusia membenarkan himpunan Bersih 3.0 dilangsungkan di sekitar Kuala Lumpur menuju Dataran Merdeka, walaupun himpunan Bersih 3.0 telah mengjejaskan punca pendapatan peniaga sekitar Kuala Lumpur. Rasanya sama juga dengan kes menjual burger di depan rumah Ambiga Sreenevesan dan bergitu juga senaman gelek pungung di depan rumahnya. Semuanya kerana asas didikan Ambiga sendiri menyeru rakyat tampil meluahkan perasaan tidak puas hati, dimana sahaja tampa memikirkan batas undang-undang dan hak-hak orang lain.

Betul maksud ucapan Tun Dr Mahathir, yang mana Ambiga kalau jadi Perdana Menteri, rakyat boleh hari-hari berdemo membantah apa sahaja, di mana sahaja, tampa mengira masa. Persoalannya kenapa riak wajah Ambiga kelihatan seperti tertekan dengan kehadiran mereka, menyuarakan rasa tidak puas hati di depan rumahnya? Sepatutnya Ambiga mengucapkan tahniah kepada mereka yang berani tampil meluahkan apa yang terbuku dihati demi kebenaran. Oleh itu, Ambiga Sreenevasan Patut Berbangga Dengan Hak Kebebasan Bersuara Diamalkan Kelab Bekas Tentera

Atas semangat memperjuangkan hak kebebasan bersuara? Benarkah kalau Pakatan Rakyat memerintah semua ini akan dibenarkan tampa dikawal? Rasanya baikpun Ambiga, Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan Lim Guan Eng tentu akan tertekan jika hal ini berlaku keatas mereka bukan? Di waktu itu akan terkeluar menggangu hak kebebasan mereka pula. 

Itulah yang dimaksudkan hak kebebasan atas batasnya tetapi pada Pakatan Rakyat menyatakan pada sebaliknya. Jadi inilah akibatnya jika semua orang hendak menyuarakan hak kebebasan bersuara tampa terkawal. Dengan apa yang terjadi ini, cukupkah mengajar Pakatan Rakyat menghormati hak orang lain juga? Sudah tentu tidak kerana Pakatan Rakyat hanya memperjuangkan kepentingan peribadi mereka tampa memikirkan hak-hak orang lain yang juga menjadi rakyat Malaysia yang sah. 

Ambiga Sreenevasan Patut Berbangga Dengan Hak Kebebasan Bersuara Diamalkan Kelab Bekas Tentera dan apa yang disuarakan Bekas Tentera sudah tentu tidak menjadi kesalahan jika diukurkan dengan bandingan keatas apa yang Pakatan Rakyat telah lakukan kepada negara ini bukan? Jadi fikir-fikirlah sendiri kepada yang mahu memikir baik buruknya membiarkan hak kebebasan bersuara berlaku tampa batas dan kawalan. Dalam Islam sendiri mengonkong kita dengan peraturan hidup berdasarkan Al Quran dan bergitu juga dengan kehidupan kita jika tampa terkawal habis musnahlah masa depannya.

1 comment:

Megajaya Scale said...

memalukan je la pakcik2 ni. org islam tak minum 100 plus?

Isu Terkini

get this widget here