Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday, 17 May 2012

Bersih 3.0 Pendedahan Terperinci Bagaimana Strategi Dan Bermulanya Bersih 3.0


Bersih 3.0 digerakkan dengan 4 strategi utama iaitu provokasi, Serangan, keganasan dan rusuhan terhadap polis. Perancangan ini dimulakan dari awal lagi dengan pemulaanstrategi Occupy Dataran Merdeka 14.4.2012 - 27.4.2012. Dimana mahsiswa mula berkhemah di Dataran Merdeka dan didatangi pemimpin politik bersama mahasiswa Anwar Ibrahim, Mat sabu dan Sam ketot untuk memberi semangat kepada mahasiswa untuk bersedia menggerakan kerja mendapatkan sokongan seberapa ramai yang boleh untuk perhimpunan utama Bersih 3.0. Antara ucapan melaungkan semangat mempertahankan dataran Merdeka dalam apa jua keadaan.

Ceramah-ceramah bergerak seluruh negara serentak, seperti Taman Melewar untuk menyeru rakyat turut serta berhimpun pada Bersih 3.0. antara seruan utama memberi dorongan kepada rakyat supaya menawan Dataran Merdeka dan menafikan arahan Makamah yang melarang sebarang kegiatan dijalankan di kawasan Dataran Merdeka.
Peserta Bersih 3.0 mula berhimpun pada jam 11 malam dan kehadiran pemimpin politik serta aktivis memberi dorongan dan semangat untuk peserta setia menunggu sehingga keesokan harinya. Semangat ini telah memuncak dengan sikap peserta mula melakukan provokasi terhadap polis. Kemudiannya melarat hingga tindakkan luar kawalan dengan menendang kenderaan polis, memaki hamun diejek dan mempersendakan pihak polis, dengan harapan memerangkap polis dalam isu keganasan. tetapi semua tindakan peserta tidak diendahkan pihak polis kerana memahami yang mereka sedang dipancing untuk termakan perangkap yang disediakan oleh Pakatan Rakyat.

Situasi provokasi peserta Bersih 3.0 berlanjutan sehingga 2.59 petang pada 28.4.2012, tetapi polis masih berjaya mengawal keadaan tampa melibatkan tindakan agrasif dari pihak polis. Malah pihak polis memberi nasihat untuk para peserta bersurai dari dataran merdeka bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diinggini berlaku. Walaupun bergitu masih terdapat pergerakan pemimpin pakatan rakyat dan aktivis secara bebas tampa disekat oleh polis. Yang hadir adalah Anwar Ibrahim, Kapal Singh, Haji Hadi, Ambiga, Tian Chua, Azmin Ali dan ramai lagi.

Rusuhan terhadap benteng polis yang pertama mula dilakukan oleh Unit Amal PAS yang bertindak merempuh benteng polis dengan harapan memancing pihak polis melakukan tindakan tegas yang boleh dijadikan isu buat Pakatan Rakyat, tetapi pihak polis masih juga mendiamkan diri dari melakukan apa-apa tindakan terhadap mereka. Keadaan yang semakin menjelang jam tiga telah melihatkan peserta semakin agrasif dengan cuba mengasak benteng polis dan membaling pelbagai objek kepada polis. Ketika itu juga peserta mula membuat persiapan merempuh dengan cubaan mengalih kawat beduri dan benteng yang menghalang kemasukan peserta ke Dataran Merdeka. 

Menjelang jam 2.58 petang 28.4.2012 kelihatan kelibat Anwar Ibrahim dan Azmin Ali mula memberi kata-kata laungan bersih dan mengapi-apikan peserta. Api yang dibakar ini menyebabkan ramai peserta terbangkit perasaan yang membuak-buak untuk bertindak lebih agrasif. Pada masa itu kelihatan Anwar memberi isyarat tangan kepada peserta dan Azmin Ali. Dan terdengar laungan masuk! masuk! masuk! yang asalnya dimulakan peserta yang berdekatan dengan Anwar dan akhirnya merebak kepada peserta-peserta yang lain. 

Kemudian ada isyarat merempuh masuk diberi oleh pemimpin Pakatan rakyat dan salah seorang peserta bertindak membuka pagar halangan sebagai permula untuk menghasut para peserta lain bersama-sama terlibat dalam adengan merempuh sekatan polis. seterusnya berlakulah adengan-adengan luar kawalan yang mana peserta mula merempuh sekatan polis dengan meroboh dan mengalihkan segala pagar halangan yang dibina untuk menuju ke Dataran Merdeka. 

Tindakan peserta-peserta yang mula hilang kawalan telah memasuki 50 meter ke dalam kawasan larangan yang di arahkan Makamah, hingga memaksakan pihak FRU mengambil tindakan tegas dengan melepaskan air dan menembak gas pemedih mata yang dibenarkan dalam syarat-syarat kawalan keselamatan sedunia. Bertujuan untuk menyuraikan dan menghalang peserta-peserta terus menerus masuk ke dalam kawasan Dataran Merdeka dan menyerang FRU. Dalam masa yang sama peserta Bersih 3.0 mula bertindak ganas diluar kawasan Dataran Merdeka, dengan menyerang pihak polis hingga memaksakan FRU bertindak mengambil tindakan lebih tegas untuk mengawal keadaan. dalam situasi ini apa yang perlu dilakukan oleh pihak polis dan FRU jika tidak memberkas mana-mana peserta yang menjadi ganas? 

Pada jam 4 keadaan sudah semakin terkawal dan tiba-tiba datang sebuah kereta peronda polis jenis Proton Waja bernombor pendaftaran WAJ 2974. Kereta peronda ini telah diserang dari hadapan Komplek Pertama sehingga merempuh tembok berdepan Secret Recipe Sogo. Peluang sejauh 200 meter dipergunakan peserta Bersih 3.0 dengan melompat menghentak-hentak bumbung kereta dan pelbagai objek termasuk batu dilontarkan oleh para peserta. Hingga menyebabkan pemandu terasa terancam dalam pelbagai perasaan yang akan menakutkan sesiapa sahaja yang memandu dalam situasi diserang dari setiap penjuru. Akibatnya pemandu tidak dapat menumpukan perhatian untuk memandu kereta dan masalah cermin kereta yang juga pecah dan retak yang menghalang pemandangan, mengakibatkan pemandu gagal mengawal kenderaan dan terbabas.

Waktu terbabas kelihatan seorang wartawan datang cuba menyelamat pemamdu juga ditumbuk dan diberlasah oleh peserta hingga mengalami kecederaan. Tidak cukup dengan itu perusuh menterbalikan kereta peronda, malah ada peserta sengaja masuk kedalam ambulan untuk menyerang polis dan menempik "Biar Mati". Situasi menyerang kenderaan polis bukan sebuah malah banyak lagi insiden lain termasuk menyerang konvoi polis.

Video Bersih 3.0 Pendedahan Terperinci Bagaimana Strategi Dan Bermulanya Bersih 3.0 ini dan banyak lagi video-video yang memaparkan bukti Bersih 3.0 berubah menjadi ganas setelah kelibat Anwar Ibrahim dan Azmin Ali memberi ucapan mengapi-apikan dan isyarat-isyarat yang mencurigai hingga menyebabkan ada tindakan peserta menghasut peserta lain bersama-sama bertindak agrasif.

Persoalannya Video Bersih 3.0 Pendedahan Terperinci Bagaimana Strategi Dan Bermulanya Bersih 3.0 ini, adakah rakyat Malaysia boleh mendiamkan diri dengan hanya menerima pemohonan maaf Ambiga dan penafian Anwar ibrahim, Azmin Ali dan seluruh Pakatan Rakyat terlibat dalam merancang bersih 3.0 hingga menjadi satu trajedi buat rakyat Malaysia dan menimbulkan pelbagai kerosakan harta awam. Malah mereka juga mencabar kewibawaan undang-undang negara semata-mata memenuhi kepentingan jahat pakatan rakyat. siapa yang paling zalim dan ganas dalam hal ini. Kalau anda seorang anggota polis yang diamanahkan mengjaga ketenteraman awam apa yang anda akan lakukan?

Melaui Bersih 3.0 Pendedahan Terperinci Bagaimana Strategi Dan Bermulanya Bersih 3.0. Inikah perjuangan Pakatan Rakyat yang sebenarnya iaitu cuba menimbulkan kekacauan dinegara ini semata-mata untuk marampas Putrajaya.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here