Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday, 17 May 2012

Bukti Ambiga Sreenevasan Tertekan Dengan Permainan Ciptaannya


Apa sudah jadi apabila Ambiga Sreenevasan terpaksa mendapat bantuan pihak berkuasa mengawal rumahnya? Bukankah ini bentuk permainannya selama ini yang menyeru rakyat bangkit menyuarakan apa sahaja yang tidak memuaskan hati. Sekarang kenapa tertekan pula? Inilah Bukti Ambiga Sreenevasan Tertekan Dengan Permainan Ciptaannya. 
Rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan menjadi tumpuan lagi. Wartawan KL POS yang sempat meninjau ke kediaman wanita kontroversi itu mendapati beberapa jurugambar dan wartawan tempatan sedang berkumpul di hadapan rumah peguam itu. Malah kelihatan beberapa pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang berkawal di lokasi sama.
Ambiga tidak sepatutnya membiarkan hal ini berkesudahan dengan kehadiran pihak berkuasa kerana Ambiga sendiri seorang yang prejudis, menyelitkan unsur-unsur stereotaip terhadap pihak berkuasa. Sekarang sebaliknya pula yang berlaku apabila Bukti Ambiga Sreenevasan Tertekan Dengan Permainan Ciptaannya hingga sanggup melanggar sikap prejudisnya terhadap pihak berkuasa.

Ambiga Sreenevasan selama ini sengaja menafikan tangungjawap pihak polis terhadap keselamatan negara, dengan cuba mengaitkan polis bertindak ganas terhadap peserta Bersih 3.0 selepas jam 3 petang pada 28 April. Pengkhianatan Ambiga bertindak mengalih perhatian rakyat, dengan meletak kesalahan selepas jam 3 petang kepada polis dengan menyembunyikan fakta dan bukti-bukti Bersih 3.0 aman sebelum jam 2.59 petang, iaitu sebelum tindakan seorang pemimpin pembankang sengaja mengeluarkan isyarat menyeru peserta Bersih 3.0 merempuh sekatan polis, dan memasuki kawasan larangan makamah iaitu Dataran Merdeka. 

Semua itu dimain-mainkan Ambiga demi kepentingan jahat yang terancang. Wahal tangungjawap Ambiga sebahagian dari individu bekerjasama bersama Bar Council haruslah adil kepada semua pihak mewakili rakyat. Dengan mengeluar kenyataan yang adil. Bukan kenyataan yang meletakkan kesalahan kepada polis semata-mata memihak dan membela Pakatan Rakyat. 

Sekarang timbul Bukti Ambiga Sreenevasan Tertekan Dengan Permainan Ciptaannya kenapa harus bersikap sedemikian pula? Permainan jahat Bar Council perlu diambil tindakan kerana sudah melampau batas dari tangungjawap mereka dan bergitu juga Ambiga tidak boleh dari tangungjawapnya terhadap segala kerosakan yang berlaku pada 28 April 2012.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here