Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 9 May 2012

Gara-Gara Berani Tegur Nik Aziz, Imam Muda Kelantan "DiPulau"

Imam Muda Masjid As-Somadi, Getting, Rosli Abdul Latif, 31, melahirkan rasa kecewa terhadap Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan yang mengutamakan politik kepartian daripada kepentingan agama.

Menurut beliau, pemulauan terhadap beliau bermula apabila bapa mertuanya yang juga pengasas Pondok Getting, Abdullah Sa'amah menaiki pentas UMNO atas dasar perpaduan dan kerap mengkritik Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut beliau, perlantikannya sebagai imam muda masjid Geting adalah dibawah kuasa Majlis Agama Islam kelantan (MAIK) dan sehingga hari ini beliau masih belum menerima apa-apa surat daripada pihak jabatan agama Islam Kelantan.

"AJK masjid seolah-olah lebih sudu daripada kuah. Saya katakan begitu kerana sungguhpun bapa mertua saya sering mengritik Nik Aziz dan sebagainya, saya langsung tidak masuk campur. Malah sebarang ceramah baik ceramah bapa mertua saya, ceramah Pas dan ceramah UMNO saya tidak pernah hadir.

"Saya tidak pernah menzahirkan kecenderungan terhadap mana-mana parti politik. Ini kerana saya tahu tanggungjawab saya adalah Imam. Perkara itu adalah di dalam hati kecil saya dan Allah sahaja yang tahu," katanya dalam temubual eksklusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini, bapa mertuanya, Abdullah Sa'amah yang juga pengasas Pondok Geting kerap mengkritik Nik Abdul Aziz kerana berpendapat Mursyidul Am Pas itu telah mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan kekeliruan di kalangan umat Islam seperti tidak menggalakkan sambutan Maulidur Rasul dan mengatakan Allah pun mencarut

1 comment:

Anonymous said...

MAIK tiada kaitan dengan politik kepartian kerana dinaungi sepenuhnya oleh Sultan dan tiada sangkut paut dengan kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri.

Jangan sebar fitnah dan penipuan.

Isu Terkini

get this widget here