Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday, 13 May 2012

Keangkuhan Anwar Ibrahim Ulangi Sejarah 16 September

Keangkuhan Anwar Ibrahim Ulangi Sejarah 16 September. Tenyata kenyataan Anwar Ibrahim yang mahu menjadi Najib Razak sebagai ketua pembankang, sekadar angan-angan kerana bukan Anwar Ibrahim yang berkuasa menentukan siapa bakal Perdana Menteri. Anwar Ibrahim terlupa angan-angan tin kosong 16 September dan kejadian Kampung Buah Pala yang terang-terang Anwar kencing rakyat!

Anwar angkuh, terus tabur janji - Kamalanathan

Menurutnya, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terus-terusan menimbulkan isu baru kerana hendak menutup janji-janji pilihan raya Pakatan Pembangkang yang tidak tertunai.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar yang mahu menjadikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Ketua Pembangkang jika Pakatan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Dalam ceramahnya di Bukit Beruntung dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor kelmarin, Anwar menyuarakan pandangannya hendak menjadikan Perdana Menteri sebagai ketua
pembangkang supaya beliau boleh menunjukkan cara menguruskan sumber kewangan negara dengan baik.

Beliau mengulangi janjinya hendak menurunkan harga minyak, memberi pendidikan percuma dan membatalkan kutipan tol.

"Memang perangai dia angkuh, ini bukan suatu perkara yang baru dan bukan perkara yang kita harus terkejut sangat,” kata Kamalanathan.

Beliau berpendapat Anwar sepatutnya sedar bahawa rakyat yang mahukan Najib sebagai pemimpin.

"Dia harus sedar bukan kehendak dia siapa yang jadi pemimpin, tetapi kehendak rakyat," tambahnya.

Menurutnya, impian Anwar sekarang tidak ada bezanya dengan impian beliau hendak menakluk kerajaan seperti sebelum ini.

"Impian dia sekarang sama seperti impian dia mahu mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008. Jadi dia boleh terus bermimpi, dia boleh terus hidup dalam alam mimpi dia selama-lamanya," tegas beliau.

Kamalanathan berkata Ketua Pembangkang itu jelas menunjukkan ciri-ciri seorang yang penipu kerana tidak dapat menunaikan janji yang pernah ditaburnya sebelum ini.

"Anwar Ibrahim adalah seorang penipu, sebagai contoh apa yang pernah berlaku di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang, janjinya tidak akan menggangu kampung tersebut selepas dua minggu ambil alih kerajaan."

Beliau menambah, tujuan Anwar mencetuskan perkara-perkara baru adalah untuk membuat rakyat lupa dengan janji-janji lama yang pernah ditaburnya.

"Dia nak orang lupa apa dia pernah janji dulu, jadi dia wujudkan perkara-perkara baru," tambahnya.

Malahan, katanya, hadirin yang menghadiri ceramah Anwar hanya mahu mendengar penipuan yang mahu ditabur lagi dan bagi mengisi masa lapang mereka.

"Penduduk Hulu Selangor juga ada yang memberi tahu saya mereka pergi ceramah Anwar Ibrahim hanya kerana bosan di rumah selain mahu mendengar lawak jenaka dan penipuan beliau lagi," jelasnya.

No comments:

Isu Terkini

get this widget here