Pakatan Rakyat sebenarnya mengalami ‘mati kutu’ atau buntu dalam usaha untuk menonjolkan kredibiliti sendiri. Sebab itulah PAS dan DAP mula menekankan Khalib Ibrahim cepat-cepat lunaskan janji-janji 2008. Akhirnya punyalah gelabah biawak si Khalib Ibrahim kalam kabut semak Manifesto 2008 kerana PRU 13 sudah dekat.
Kenapa sudah dekat PRU 13 baru hendak bermula menunaikan segala janji-janji lalu?
Sempatkah sebelum PRU 13 sedangkan masih dikatakan ada lebih dari 8 janji yang belum ditunaikan?
Cerita yang memaksa Khalib Ibrahim bekerja keras menunaikan segala janji, berpunca dengan percanggahan Buku Jingga. Buku Jingga diharapkan sebagai mampu melupuskan janji-janji terdahulu dengan membentangkan janji-janji baru. Namun, tidak semudah itu rakyat diperdaya untuk menerima bulat-bulat segala janji di dalam Buku Jingga. Kerana rakyat mahu melihat apa yang mereka janjikan pada 2008, Adakah ditunaikan dengan sebenar-benarnya atau sekadar janji-janji tin kosong. Jika pimpinan Pakatan Rakyat tidak dapat melaksanakan segala janji dalam manifesto alamat berkuburlah Pakatan Rakyat di Selangor dan akan menjadi panduan buat rakyat di lain-lain negeri.
Inilah cara Khalib Ibrahim mengelak memberi alasan dalam tergagap-gagap dan serba tidak pasti samada alasan bodoh macam ini boleh ke diterima rakyat?SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mendakwa semua janji-janjinya pada manifesto pilihan raya umum 2008 sudah dilaksanakan tetapi tidak diumumkan dalam bentuk berita kerana khuatir pihak yang tidak sepatutnya menerima bantuan berkenaan datang menuntutnya.
Inilah cara yang selalu kita dengar dari Pakatan Rakyat untuk mengalih kelemahan mereka kepada orang lain."Sebenarnya kita sudah mulakan tapi kita tak keluarkan dalam bentuk berita. Sebab kita buat dahulu kadang-kadang salah satu sebab orang akan putar belitkan cerita," katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.
Kenapa sekarang baru hendak laksanakan? Sempat ke sebelum PRU 13 dan selama 4 tahun ini apa yang mereka buat?Beliau menjawap soalan mengapa masih ada lagi lapan janji pada manifesto pilihan raya umum Pakatan Rakyat pada 2008 lalu yang gagal dilunaskan sehingga kini. Antara janji-janji tersebut adalah pendidikan pra-sekolah percuma, elaun kepada ibu tunggal, elaun khas suri rumah dan pengurangan cukai pintu kediaman sebanyak 20 peratus.Sebagai contoh, Abdul Khalid berkata pemberian wang kepada murid pra-sekolah juga telah dilaksanakan pelancarannya terlebih dahulu dan atas sebab itu pemberian wang tersebut dilakukan sekarang. Itudia punya auta Khalib Ibrahim sambung baca sini
Bukan setakat itu, ada lagi yang membuatkan Khalib Ibrahim Kalam kabut semak manifesto 2008 kerana PRU 13 Sudah Dekat, Kerana Khalib Ibrahim telah gagal mentabir Selangor dengan terbangkitnya isu-isu sampah yang dianggap remeh dan mudah oleh rakyat, pun tidak dapat diselesaikan oleh Khalib Ibrahim dan Pakatan Rakyat menyebabkan rakyat bangkit mempersoalkan apakah tahap kredibiliti Pakatan Rakyat untuk memtabir Negara?
Lebih membuat rakyat marah apabila kisah alam sekitar semakin ‘hancur’ di dalam tangan Pakatan Rakyat.
Yang mana perlombongan pasir secara haram di Paya Indah Wetland Dengkil dengan anggaran keuntungan RM350 juta. Hasil dari kerja haram ini pula dikaut oleh kroni Menteri Besar, Khalid Ibrahim sendiri.
Sudah lupakah rakyat Selangor yang Pakatan Rakyat Pada Pilihanraya Umum 2008, Pihak PKR dan PAS telah berjanji akan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%. Sampai habis setiap ceruk ceramah mereka masuk dengan menjajakan hal sebergini. Tetapi bila hendak dilaksanakan dan mampukah dilaksanakan sedangkan Kerajaan Selangor kekurangan dana untuk menunaikan janji-janji awangan lain yang mereka janjikan. Terbukti sehingga sekarang cukai pintu kediaman dan premis komersial hanya sebagai maha auta.
Dari bercerita untuk turun cukai tidak jadi-jadi, tiba-tiba cukai dan premium tanah pula dinaikan melambung-lambung. Perhhh janji kejadah lagu mana ni. Yang dijanji turun tidak turun yang lain pula melampau-lampau naik.
Lebih haru-biru lagi apabila dikalangan 3 kepala PKR, DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat Selangor bertelagah dengan mempertahankan kepentingan masing-masing. Paling malang sudah tentu PAS yang kena perkuda tidak sudah-sudah hingga ke akhir ada sahaja malang PAS kena tangung. Sampai ketahap tukang cuci sampah yang tidak dikutip demi hendak mengjaga air muka Pakatan Rakyat.
Kalau 3 kepala bertelagah bagaimana yang tidak membuatkan Khalib Ibrahim, kalam kabut semak manifesto 2008 Kerana PRU 13 suudah dekat. Paling sedihnya rakyat Selangor tertipu dan menangung masalah berbangkit dari satu ke satu hal tampa penyelesaian. Kerana Pakatan Rakyat yang diharap sering bertelagah mempertahankan periuk nasi masing-masing. Dari mula ambil alih Selangor sehinggalah sekarang belum habis-habis cerita bergaduh sesama sendiri.
Wahal semasa pemerintah UMNO, walaupun dikutuk dan difitnah Pakatan Rakyat dengan bermacam-macam hal. Tidak penah dengar pula rakyat menyerang Menteri Besar berasa teranaya malah banyak keperluan asas rakyat tidak penah terbantut atau terbengkalai tampa terbela.
Malah kehadiran Najib Razak yang sanggup turun padang lebih memberi keyakinan buat rakyat terhadap UMNO BN yang paling dapat di harap berbanding Pakatan Rakyat yang semua kaum merasa tertipu dengan sendiwara yang tidak sudah-sudah. Sekarang Khalib Ibrahim Kalam kabut Semak Manifesto 2008 Kerana PRU 13 Sudah Dekat. Sudah terlewat beb!!
4 comments:
Nak tahu kenapa cara tabir selangor tergagap2 sebab MB tergagap2 dalam bengal
Sah tak lama lagi terkubur Pakatan Jahanam
salam admin...
mohon linkkan blog saya.
www.hurairahady.blogspot.com
thanks admin,
dia nak semak buat kali terakhir sebagai MB kot, kah kah kah
Post a Comment