Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 8 May 2012

LGBT Semakin Ramai Berani Tampil Menuntut Dihalalkan Semenjak Anwar Bersuara

Semenjak Anwar mempertikaikan undang-undang liwat berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini. Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan. Semakin ramai golongan LGBT tampil menuntut dihalalkan. Ini isu paling disokong oleh Israel dan Yahudi yang menggangap Anwar telah bersedia merubah negara ini menjadi republik Malaysia.
Ya allah sesungguhnya aku amat sebak
hati melihat anak bangsa aku bermegahan
dengan perlakuan sebergini rupa.
Ku Pohon kepada mu Ya Allah
kembalilah mereka kepangkal jalan
yang engkau redhoi.

Malah pihak media secara langsung dan tidak langsung cuba mengenegahkan suara-suara golongan ini dalam bentuk meraih simpati? Wahal Malaysia yang terletak di benua Asia, sangat terkenal dengan budaya sopan, hormat menghormati dan masyarakat yang patuh pada agama. Apatah lagi agama Islam adalah agama resmi negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenapa isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual) perlu diberi kebebasan melampau, yang boleh mencemarkan tatasusila kehidupan masyarakat di Malaysia. Tidak perlu mengaitkan dengan kejayaan dan kemewahan penghidupan sebagai golongan LGBT untuk dijadikan panduan dan pedoman buat generasi akan datang. Kerana ini adalah punca keruntuhan akhlak yang amat bahaya buat generasi kita. Apatah sindrom ini mula menular dalam group Facebook dan kelab-kelab yang semakin bersepah, yang mendapat sokongan semakin menggalakkan dan penuh dengan unsur-unsur berahi dipaparkan, demi memberi galakan seolah-olah mereka harus bangkit menuntut perbuatan mereka yang dianggap mulia dalam hak kebebasan manusia.

Kecenderungan Anwar untuk menghapuskan undang-undang liwat yang dianggap lapuk ini, Ambiga yang memperjuangkan Seksualiti Merdeka, malah Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee yang mempertikaikan Seksyen 377A Kanun Keseksaan menyebut seseorang itu dianggap mengadakan seks di luar tabii jika dia memasukkan zakar ke dalam dubur atau mulut individu lain. Bukankah ini satu tindakan melampau dalam cubaan mendidik masyarakat kebebasan pengamal sex secara tidak bertemadun.

Perbuatan mereka lebih kepada membela masalah Anwar dan pada masa yang sama cuba meraih sokongan golongan LGBT. Tampa memikirkan dengan mengiktiraf cara hidup bergini, selain mengalihkan stigma masyarakat supaya LGBT ini menjadi norma masyarakat, bakal meruntuhkan status negara Islam yang kita petahankan selama ini. Inilah gerakan paling halus dalam menyerang status negara Islam digugurkan kerana secara tidak langsung mereka menyerang peraturan-peraturan yang berlandaskan Islam. Ini satu permulaan untuk menyerang segala bentuk undang-undang berasaskan islam yang terdapat dalam negara ini. Bukankah kalau kita menurut bermakna kita mempertikaikan larangan Allah?

Yang paling dikesali PAS yang mengakui sebagai sebuah parti berlandaskan agama islam, tidak bersungguh-sungguh untuk menentang gejala ini sebaliknya lebih bersikap separuh sedar dengan ancaman halus ini. Mungkin kerana ini satu isu berkemampuan memberi peratus kemenangan PRU13 buat Pakatan Rakyat.

Sepatutnya kita bersatu dalam soal ini demi masa depan generasi kita. Kalau bukan kita yang mempertahankan, siapa lagi?

No comments:

Isu Terkini

get this widget here