Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday, 30 May 2012

Mohd Ezam Tibai Cicak Mengkarung PKR Sarawak Sampai Terkincit

Penyakit Cicak Mengkarung PKR menyerang majlis ceramah UMNO BN, sudah menular di Sarawak. Tetapi sayang! Mohd Ezam Tibai Cicak Mengkarung PKR Sarawak Sampai Terkincit. Alahai kasihan jiga dengan puak-puak Pakatan Haram yang masih tidak sedar-sedar ini.

Ini mula berlaku apabila Mohd Ezam mendedahkan yang Wan Azizah penah datang memohon pertolongan Mohd Ezam untuk memujuk Pak Lah semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia. Untuk melepaskan Anwar Ibrahim di penjara.

Malah Mohd Ezam menceritakan kerana 2 minit talian hayat Anwar Ibrahim terbatal.

Kelewatan Mohd Ezam menghantar surat rayuan kepada Tun Dr Mahathir dengan harapan untuk memohon membatalkan pemecatan Anwar Ibrahim.

Tetapi sayang seribu kali sayang! takdir Allah menentukan kelewatan selama 2 minit itu menyebabkan Tun Dr Mahathir telah mengumumkan pemecatan Anwar Ibrahim kepada umum.

Itulah kehendak Allah yang maha berkuasa dan telah menyelamatkan Malaysia dari berPM pengkhianat seperti Anwar Ibrahim.

Baru tahu rupa-rupanya Anwar Ibrahim tergila-gila kuasa hingga tahap menampilkan kedayusan yang melampau, iyelah kalau dah tahap meraung-meraung merayu untuk dimasukkan semula ke dalam UMNO. Hehheeh

Siapa yang paling layak untuk menceritakan perihal Anwar Ibrahim samada dari segi politik mahu peribadinya. Tentulah Mohd Ezam yang penah berjuang bermatian-matian hanya semata-mata untuk membela kedudukan Anwar Ibrahim.

Bukan seperti wajah-wajah baru dalam PKR sekarang yang tidak penah merasa bagaimana suasana dan halangan menubuhkan Keadilan. 

Mohd Ezam berjuang hingga sanggup mempertaruhkan kehidupanya sebagai pelarian dan banduan semata-mata untuk memastikan Anwar Ibrahim terbela.

Tetapi kenapa akhirnya Mohd Ezam beralah dan meninggalkan Anwar Ibrahim sedangkan mengikut pekiraan pecacai PKR mereka telah berjaya!

Iya betullah PKR telah berjaya, berjaya merosakan negara melalui kaedah Anwar Ibrahim melacurkan diri kepada DAP dan Yahudi Israel. Apa yang Anwar pertaruhkan kalau bukan aset dan hak-hak rakyat negara ini. Inilah berjaya menjahanamkan negara. 

Sebab Mohd Ezam berani mencabar Anwar Ibrahim menyamannya kalau ada kata-katanya merupakan fitnah.

Kita sebagai rakyat harus menilai contoh dari salah seorang dari beratus-ratus orang yang mempunyai pendirian kukuh seperti Mohd Ezam telah sedar dan mengasingkan diri dari Anwar Ibrahim kerana negara dan bukannya soal peribadi lagi.

Tidak guna mementingkan diri jika negara tergadai menjadi negeri orang. Apa erti kebebasan kalau merempat di negeri sendiri.

Isu Terkini

get this widget here