Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday 13 May 2012

PAS dan DAP Bersengketa Soal Hudud Bukti Pakatan Rakyat Tidak Berguna

Tiada apa lagi yang dapat diharapkan oleh PAS yang hanya hidup dengan politik kepura-puraan. Penipuan PAS tidak penah ada titik noktahnya. PAS amat sangat berharap Pakatan Rakyat dapat memberi mereka PAS, mendapat peluang mentabir negara kerana Pakatan Rakyat menyediakan peluang mendapat sumber pengundi berbilang bangsa dan agama. Tetapi dalam masa yang sama PAS perlu mempergunakan isu hudud menarik pengundi Islam agar terus sentiasa menyokong PAS. Bagaimana dikatakan PAS dan DAP Bersengketa Soal Hudud Bukti Pakatan Rakyat Tidak Berguna?

Masalah utama PAS adalah percanggahan prinsip antara PAS dan Pakatan Rakyat terutamanya DAP. Soal utama yang mengjadikan persengketaan PAS dan DAP adalah pelaksanaan hukum Hudud jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya?

Persoalannya DAP tidak mungkin membenarkan Hukum Hudud dilaksanakan kerana prinsip mereka tidak jauh beza dengan parti komunis yang mahu menjadikan republik Malaysia, yang mana mereka juga bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Malah mereka juga berhajat untuk menghapuskan perjanjian kontrak sosial yang menghalang kemaraan DAP menuju ke kemuncak kerusi pentabiran negara.

Mankala PKR adalah ibarat sebuah pertubuhan yang bersifatkan duri dalam daging rakyat Malaysia terutama bagi Melayu dan agama Islam. Sifat PKR lebih kepada menggadaikan apa sahaja yang membolehkan rakan Yahudi Israel berpuas hati dan bersedia untuk membantu PKR dalam bentuk dana yang tidak putus-putus dalam apa bentuk jumlahnya. PKR tama Yahudi dan Israel ibarat mayat bernyawa.

Memperlihatkan sikap kedua-dua parti komponen utama dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP, telah bercanggah dengan apa yang PAS harapkan. Tentulah menjadi sukar buat PAS menjayakan Hukum Hudud dan dalam masa yang sama juga PAS belum ada formula untuk merelisasikan pelaksanaannya. Ini kerana PAS sejak dulu lagi menemui jalan buntu bagaimana untuk meyakinkan rakyat berbilang bangsa dan agama menerima hudud. Belum penah ada satupun kertas kerja PAS sebagai draf pelaksanaan? Sebab itu punca PAS dan DAP Bersengketa Soal Hudud Bukti Pakatan Rakyat Tidak Berguna

Tampa memperjuangkan Hukum Hudud bermakna PAS tiada isu utama untuk diperjuangkan. Ibarat PAS hanya parti sampah yang menyemak didalam negara ini. Malah untuk menukar kepada isu perjuangan negara Berkebajikan PAS, menyaingi kemampuan UMNO dan Barisan Nasional adalah mustahil kerana jurang perbezaan yang amat jauh PAS ketinggalan. Sebab UMNO dan Barisan Nasional adalah satu-satunya parti yang mempunyai struktur yang tersusun dan terguh berbanding 3 parti dalam Pakatan Rakyat.

UMNO dan Barisan Nasional mempunyai pendekatan yang jelas, pencapaian yang jelas dan lebih bersederhana dalam menyerang Pakatan Rakyat berbanding Pakatan Rakyat bersifat redikal tetapi pencapaian dalam kemajuan membantu rakyat dan meningkat sumber ekonomi, terang-terang gagal. Mudah cakap pakatan Rakyat terlebih pandai bercakap dan berangan, tetapi pelaksanaan entah kemana. Malah satu demi satu masalah bertambah tampa penyelesaian. Semua isu permasalahan bagi setiap negeri jajahan Pakatan Rakyat tidak menemui titik penyelesaian. Sebab itulah PAS tidak mampu menggunakan konsep perjuangan berasaskan Kebajikan Rakyat kerana kebajikan kroni yang paling banyak rakyat nampak dan sedar dikejarkan oleh PAS.

Memandangkan PAS tiada konsep perjuangan sebagai senjata, maka terpaksalah PAS terus menerus mempergunakan isu melaksanakan Hudud demi mempertahankan kekuatan sokongan rakyat berugama islam kepada PAS, walaupun jumlah sokongan semakin terhakis. Walaupun terpaksa berperang dengan DAP, dan ada tahapnya PAS terpaksa mengaku kepada DAP tidak melaksanakan Hudud kerana takutkan PAS tersingkir dari Pakatan Rakyat. Masa yang sama terus-menerus menipu rakyat Hudud bakal dilaksanakan.

Sampai bila rakyat boleh tertipu dengan kemelut soal hudud ini. PAS mahu penyokongnya berkorban, rasanya terlampau banyak sangat mereka berkorban sehingga tahap ada bergolok-bergadai semata-mata PAS. Tetapi sampai bila mereka boleh bertahan dengan dipermainkan PAS dengan berbagai helah hingga ketahap terpaksa menghalalkan apa yang sepatutnya mereka pertahankan demi islam. 

PAS sebenarnya dayus danpengkhianat kepada agama dan bangsa sendiri. Itu sahaja jawapan yang sesuai buat PAS. Kerana UMNO mempunyai kreditbiliti untuk memandu Barisan Nasional berdasarkan acuan UMNO tetapi PAS diperkaldaikan Pakatan Rakyat mengikut acuan DAP dan PKR. Patutlah sekadar Perasit Islam Semalaysia PAS....... emmm betullah tu PAS dan DAP Bersengketa Soal Hudud Bukti Pakatan Rakyat Tidak - Berguna sambung tonton Youtube

No comments:

Isu Terkini

get this widget here