Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Wednesday 9 May 2012

Terdesak sangat? PAS Pasal Ahli Kariah Masjid pun Hendak Kencing Belari?

Memang pelik dengan golongan puak-puak PAS tidak habis-habis menipu orang kampung semata-mata hendak jaga politik kotor mereka. Nampak sangat PAS sekarang semakin terdesak sangat, dengan kehilangan sokongan rakyat yang semakin ketara sejak akhir-akhir ini.

SHAH ALAM 2 Mei - Sekumpulan ahli kariah Masjid Fastabiqul Khairat, Batu Tiga di sini membuat laporan polis semalam kerana mendakwa wujud unsur penipuan dalam pemilihan ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Pemilihan ahli jawatankuasa masjid yang diadakan pada 29 April lalu itu dipercayai dicemari campur tangan politik daripada ahli Pas.

Ahli kariah, Affandi Hamzah mendakwa, pihaknya telah menghidu wujudnya penyelewengan dalam pemilihan ahli jawatankuasa masjid berkenaan apabila jumlah ahlinya bertambah secara mendadak iaitu daripada 200 ke 487 orang.

"Kami turut mempersoalkan kehadiran begitu ramai ahli kariah baru ke mesyuarat pemilihan itu tetapi tidak ada seorang pun yang dikenali oleh masyarakat di Batu Tiga," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Wan Indra Putra Ahmad.

Mengulas lanjut, Affandi berkata, pada hari pemilihan itu, seorang lelaki yang mendakwa dirinya wakil Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat pemeriksaan terhadap setiap peti undi sebelum proses pengundian dijalankan.

Tambahnya, lelaki berkenaan telah melakukan pemeriksaan peti undi tersebut untuk kali kedua secara bersendirian dan memaklumkan kepada ahli kariah yang ia kosong sekali gus proses pengundian boleh dimulakan.

"Bagaimanapun, saya mengesyaki sesuatu dan telah pergi memeriksa bersama lelaki berkenaan serta membuka penutup peti undi tersebut dan mendapati ia mempunyai kertas undi yang telah siap bertanda.

"Kertas undi yang siap bertanda itu adalah untuk jawatan nazir, timbalan nazir, imam serta bilal," jelasnya.

Affandi berkata, apa yang lebih memeranjatkan ahli kariah adalah apabila mereka mendapati lelaki yang mendakwa sebagai wakil JAIS itu sebaliknya hanyalah penceramah bebas dan bukannya pegawai mana-mana agensi kerajaan.

"Justeru, kami berharap pihak berkuasa dapat menyiasat laporan ahli kariah ini sekali gus mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat kerana ia jelas mencemarkan kesucian masjid dan Islam di negeri ini," katanya.

Katanya, pihaknya juga akan mempertimbangkan untuk membawa masalah ini kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai ketua agama negeri sekiranya masalah tersebut gagal diselesaikan.
Sumber-

No comments:

Isu Terkini

get this widget here