Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday, 24 June 2012

Anwar Ibrahim Mengaku PKR Terdesak Mencari Calon PRU

Apa yang tinggal dalam PKR sekarang kalau tidak hanya jentera-jentera yang kurang berkemampuan dan mentah untuk ditampilkan sebagai calon bertanding. Kalau hendak diikutkan dalam PKR, asalnya ramai calon berkaliber dari pelbagai jurusan ilmiah. Tetapi kemana mereka menghilang kesemuanya?

Semua pakar-pakar ilmiah dan berperang menghadapi lawan ini, asalnya anggota awal menubuh Keadilan. Sayangnya semua telah pakat-pakat cabut lari meninggalkan Anwar Ibrahim. Puncanya Anwar Ibrahim sendiri yang tidak penah tahu menilai dan mengjaga mereka.

Malah anggota asal lebih berani mempertaruhkan diri hingga kepintu lokap dan penjara. Malah mereka lebih hebat dan bernas ketika berhujah. Sayangnya Anwar salah tafsir, kononnya mereka itu jenis membuta-tuli. sekali dua mungkin ia tetapi bila sudah berdekatan dengan Anwar. berbau juga bangkai yang terselindung di balik suratkabar Keadilan. Akhirnya bila melibatkan soal agama, bangsa dan negara Anwar ditinggalkan terkapai-kapai.

Sebelum ini sehingga sekarang Anwar Ibrahim masih berjuang atas perinsip kepentingan diri sendiri walaupun ketika Anwar berucap, Anwar cuba menggambarkan tahap keperihatin kepada rakyat. Tetapi kalau diimbas kembali setiap ucapan dan janji Anwar Ibrahim hanya sekadar berbuih di mulut sahaja tampa apa-apa pembuktian dalam pelaksanaan.

Punca kehilangan jentera hebat juga dari sikap Anwar Ibrahim yang suka perguna apa sahaja perluang yang ada tampa memperdulikan kesan yang bakal memunahkan negara. Ini juga penyebab Anwar Ibrahim ditinggalkan. contohnya isu khalimah Allah, isu moral, isu Yahudi Israel, isu LGBT, isu murtad dan banyak lagi.

Akhirnya apa sudah jadi kalau hari-hari mengencing orang hingga tidak sedar terkencing dalam seluar sendiri. Sekarang adalah waktu suntuk buat Anwar Ibrahim mencari calon-calon yang sesuai untuk dinamakan dalam PRU13. Itulah kalau buat kerja dari awal asyik memikir diri sendiri dan berjanji sesuka hati lepas tampa tunai. Akhirnya berginilah rupanya wajah terdesak mencari perganti yang sesuai. Nasib kaulah Anwar oooiii.

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

ORG TUA NI SUDAH HILANG AKAL

Isu Terkini

get this widget here