Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Tuesday, 19 June 2012

Awas Serangan Ultra Kiasu Melalui Makanan Dan Hiburan


Isu ini bukan baru tetapi telah lama berluasa berlaku tampa diendahkan umat islam sendiri. Cuba kita tanya! berapa ramai yang pergi ke supermarket membeli barang dengan melihat dan mengenal pasti status halal terhadap barang yang hendak dibeli. Adakah kita setakat melihat makanan atau sehingga pakaian dan bahan-bahan hiasan badan termasuk keperluan lain.

Sebenarnya dalam kelekaan kita ini menjadi senjata permusnah kepada kita sendiri. PPM amat tertarik dengan hujah dibawah. Harap memberi kita kesedaran tentang pentingnya mengjaga halal dalam kehidupan seharian kita.... Pecah Palak Mikir

Agenda ultra kiasu: makanan, hiburan
Seorang pembaca bernama Razali, meminta saya menulis mengenai agenda ultra kiasu melalui makanan kerana mulai 1 Julai 2012, di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 (APD2012), pengusaha yang tidak mempamerkan logo halal, yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan diberi amaran, sebelum tindakan denda dan penjara dikuatkuasakan.

Semua pihak maklum, banyak insiden yang disengajakan berlaku seperti penemuan gelatin (minyak) babi dan kaki katak dalam makanan. Ini tidak termasuk soal sembelihan, halal haram dalam muamalat dan aspek kehidupan
seharian lain. Sebenarnya, tajuk sebegini pernah saya kupas sebelum ini.

Apakan daya, lebih 70 peratus pengeluar makanan adalah orang bukan Islam. Inilah akibatnya apabila umat Islam tidak menjadi pengeluar, semata-mata menjadi pengguna. Memang sukar untuk kita mendapatkan sumber dan makanan yang benar-benar halal jika umat Islam tidak menguasai ekonomi.

Ultra kiasu amat licik, untuk melariskan produk makanan mereka. Pelbagai strategi digunakan termasuk memperalatkan atau memberi nama berbunyi Melayu (Islam) dan mempergunakan pekerja Melayu (terutama Indonesia). Hak mereka sebagai seorang Islam, misalnya untuk bersolat, langsung tidak pedulikan.

Bagi mereka, solat merugikan perniagaan. Maka tidak hairanlah ramai pekerja Muslim hilang jati diri, kerana hati mereka sudah mati, semakin hari semakin berjauhan dengan Pencipta.

Lebih menyedihkan, ada beberapa kedai mamak dibeli mereka dan mengekalkan nama berunsur kemelayuan dan keislaman untuk menarik pelanggan.

Sedangkan makanan yang disajikan belum pasti halal atau tidak. Mereka juga sanggup berkahwin dengan Orang Asli untuk mendapatkan lesen dan tanah.

Setelah semuanya didapati, habis manis, sepah dibuang. Apa yang tidak membawa hasil akan ditinggalkan. Sebab itu saya mempertikaikan semangat patriotisme mereka.

Saya tidak pasti apakah ramai yang buta hatinya ada kaitan dengan makanan yang tidak halal. Kadangkala saya berasa amat pelik, kedai makanan atau kopitiam mereka, bukanlah hebat sangat.

Hanya kerana ada stail, bergaya, dan ada standard, kita sanggup duduk berjam-jam dalam kedai mereka menghabiskan wang ringgit.

Kebetulan terbaca artikel Dr Mark Hyman (7 Jan 2011), pakar perubatan dan penulis hebat, makan minum di rumah boleh menyelamat dan memanjangkan nyawa berbanding makan di luar.

Dalam siri Food Revolution, Jamie Oliver mengatakan, kita sedang mendidik generasi akan datang yang tidak akan mengenal sayur, buah dan tidak tahu memasak. Katanya lagi, "I believe the most important and the most
powerful tool you have to change your health and the world is your fork".

Menurut Hyman, kanak-kanak yang mendapat makanan cukup bersama keluarga lebih berjaya atau mendapat keputusan baik di sekolah dan hubungan kekeluargaan lebih akrab.

Untuk memulakannya, Hyman menasihatkan kita semua supaya masak dan makan di rumah dengan memeriahkan dapur. Penuhi dapur dan peti sejuk dengan buah tempatan dan makanan segar dan mengurang makanan manis dan berlemak.

Makan di rumah sebenarnya amat dituntut Islam, kerana di situ ada keberkatan. Bayangkan jika sambil memasak makanan berkhasiat kita berdoa dan berzikir. Tidakkah semua ini sudah cukup membuktikan kajian barat itu.
Saya menasihatkan umat Islam, jika teringin sangat untuk makan di luar, masih banyak lagi kedai orang Islam.

Negara kita adalah syurga makanan. Carilah yang halal tanpa was-was.

Dari segi kaedah, umat Islam perlu membantu sesama sendiri dahulu. Baharulah membantu orang lain.

Sebelum ini kita biasa mendengar berita serbuan Jakim dan pihak berkuasa ke atas restoran yang menggunakan loga halal palsu dan ramuan yang haram. Tapi kebanyakan kita buat tidak kisah. Sedangkan kita tahu ini agenda ultra kiasu untuk mengaut keuntungan dan menghitamkan hati kita? Lebih menyedihkan jika ada pihak berkuasa melindunginya.

Kita akan menyesal suatu hari nanti. Ingatlah, pengusaha makanan ultra kiasu sanggup menggunakan taktik yang keji semata-mata untuk menjatuhkan perniagaan orang Islam.

Hari ini, ultra kiasu lancarkan kempen di alam maya untuk memboikot KFC (disebabkan insiden ultra kiasu kurang ajar) dan juga kempen memboikot roti Gardenia.

Mereka sudah ada syarikat roti ultra kiasu. Bacalah dalam laman web, bagaimana kempen kotor ini berjalan.

Sama juga dengan konsert nasyid yang melibatkan penyanyi antarabangsa yang berlangsung 16 Jun lalu.

Semua penaja konsert tersebut terdiri daripada syarikat Islam.

Yang peliknya pihak pengurusan acaranya adalah syarikat seratus peratus tidak Islam.

Persoalan saya, tidak adakah orang Islam profesional yang boleh menjadi pengurus acara, sehingga terpaksa mengambil ultra kiasu? 

No comments:

Isu Terkini

get this widget here