Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Sunday, 17 June 2012

Kebodohan Pergawai Kesayangan Khalib Ibrahim Urus Tabir Geran RM300 Juta


Tahap kebodohan Khalib Ibrahim bukan disebab dirinya sahaja tetapi kerana terlampau sayang sangat wanita disampingnya. Faekah bukan setakat jenis tidak tahu buat kerja tetapi lebih kepada bodoh sombong. Yang mana tidak tahu bekerja tetapi hendak menonjol yang paling berkuasa. Memang bagus sangat sikap bekerja dalam Pakatan Rakyat semua berlumba-lumba menampil populariti diri dan bukannya bekerjasama sebagai satu pasukan. Akhirnya bakal tengelam kesemuanya.

Geran RM300 juta Selangorku: Faekah "bodoh"
SHAH ALAM: Tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminggirkan Pegawai Kewangan Negeri daripada proses pengurusan Geran Selangorku yang bernilai RM300 juta hanya bertujuan memperkukuh kedudukan politik Menteri Besar itu yang semakin kehilangan pengaruh dalam Parti Keadilan Rakyat, kata Dr Mohamad Khir Toyo.
Beliau berkata alasan-alasan yang diberikan oleh Setiausaha Politik Khalid, Faekah Husin mengenai penguasaan Khalid ke atas dana lumayan itu adalah "bodoh" dan hanya menzahirkan kecetekan pegawai itu mengenai urus tadbir kerajaan negeri.
Mantan Menteri Besar Selangor itu berkata, jika Khalid ikhlas dan telus, beliau sepatutnya memastikan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Ariff Abdul Rahman terbabit pengurusan dana itu yang menyamai 20 peratus belanjawan Selangor.
"Peruntukkan itu perlu melalui Pegawai Kewangan. Sekarang ini nampaknya dasarnya lebih tertutup.
"Kalau dulu Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-Ketua Dewan terlibat dalam perlaksanaan projek, sekarang tinggal Menteri Besar sahaja," kata Khir kepada dihubungi AntaraPos.com.
Carta mekanisma Geran Selangorku menunjukkan Khalid mengetuai sebuah jawatankuasa yang berkuasa penuh memutuskan pihak yang bakal mendapat kontrak.
Ahli lain dalam jawatankuasa itu termasuk Setiausaha Akhbar Khalid, Arfa' Eza Abdul Aziz dan Faekah sendiri. Bagaimanapun dua pegawai utama kerajaan negeri iaitu Datuk Ariff dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Khusrin Munawi tidak diberi sebarang kuasa dalam pengurusan dana berkenaan.
Khalid sebelum ini terpaksa menyerahkan jawatannya sebagai Pengerusi PKR negeri kepada Azmin Ali, setelah dituduh kerap membelakangkan kepentingan PKR dan wakil rakyat parti itu dalam mentadbir Selangor.
Khir menyifatkan sebagai "luar biasa" tindakan Khalid meminggirkan Khusrin dan Ariff dalam proses kewangan yang melibatkan dana sebegitu besar.
Beliau berkata alasan Faekah bahawa dana itu tidak memerlukan kelulusan dua pegawai kanan negeri itu tidak masuk akal sama sekali.
"Faekah ini tiada pengetahuan, tapi mahu berlagak berkuasa lebih daripada Menteri Besar, itu masalahnya. Sebab itu orang menyampah dengan dia. Dia tidak faham prosedur.
"Saya tidak mahu bertegang urat dengan Faekah ini. Kalau bertegang urat dengan orang macam Faekah ni, kita pun akan jadi bodoh macam dia juga," kata beliau.
Khir menempelak dakwaan Faekah kononnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang memulakan penyusunan hutang Talam Corporation kepada kerajaan negeri.
"Faekah ni lebih kuah dari sudu. Dia perlu ingat program TALAM itu dimulakan oleh BN, bukan Khalid Ibrahim. Program menstruktur semula TALAM ni bermula zaman BN pada 2007, bukan 2008.


"Pengutipan hutang TALAM bermula pada 2007 di bawah Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), bukan Pakatan Rakyat," katanya.

2 comments:

WakJ Zoner said...

Salam ziarah..

Blog hebat tuan wak sudah pautkan dan follow..

Jgn lupa follow wak kembali.

Salam perjuangan.

ISAC said...

Blog tuan telah dilinkkan dengan Bumiyang. TQ

Isu Terkini

get this widget here