Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Monday, 27 August 2012

Bila PAS vs UMNO Siapa Lebih Islam Lebur Kesemuanya


Semua orang bertegang leher berperang mengaku siapa lebih islam. Yang berkecuali terpinga-pinga Pecah Palak Mikir siapa yang benar dan siapa yang salah.

Dimasa yang sama ada berpura-pura menyokong wahal mereka bukannya berkepentingan mempercayai nilai-nilai islam. Tidak pula diketahui samada dihapan sekutu sanggup berpura-pura berlawan dengan sebangsa dalam situasi seteru politik dan tampa disedari bersepakat atas nama sebangsa. Apatah sekarang semakin kecoh dengan ura-ura kerajaan kristian malah kecoh juga dengan isu Ultra Kiasu dengan agenda Malaysian Malaysia.

Dimana kedudukan pemikiran dan pernilaian ketika kita dibelengu oleh persoalan-persoalan sebergini?

Kita yang mengaku islam yang tungang terbalik sembahyang tetapi tak kurang juga tidak sedar mendabik dada mengaku lebih beriman, malah sempat bertangapan kepada mereka yang tidak sehaluan sebagai terjerumus dengan persepsi dan istilah kafir. Inilah yang indah sangat sehingga nafsu menguasai akal sehingga kita lupa tangungjawap yang utama yang harus kita dahulukan.

Bukan tidak ada insan yang cuba untuk menjernihkan keadaan dan merapatkan perpaduan ummah. Tetapi buat orang seperti mereka, disalah anggap dengan pelbagai tomahan dan fitnah untuk menjatuhkan kreditibiliti mereka supaya tidak menggangu perjalanan memenuhi impian orang yang masyarakat tabsud sangat. Tahniah buat Nasaruddin Mat Isa, Hassan Ali dan ramai lagi, kerana mereka ini tidak mementingkan habuan kepada pribadi mereka di dunia tetapi lebih mengutamakan tanggungjawap menyatukan umat atas sifat saudara sesama islam.

Adakah kejatuhan kuasa yang berlaku di negara-negara islam lain tidak cukup memberi gambaran dan peringatan buat kita?

Pertelingkahan ini nampaknya seperti tidak akan berkesudahan. Mengakibatkan timbul pula kesan sampingan yang semakin merebak merosak isu-isu terabai.

Lihatlah gejala murtad.

Lihatlah bagaimana salahguna khalimah Allah menjadi modal bagaimana memurtadkan umat.

Lihatlah gelangangan muslim lebih teruja dengan khidmat bantuan penyebar ajaran memurtadkan dari islam.

Lihatlah bagaimana madrasah dan masjid menjadi pentas politik bukan islam.

Lihatlah bagaimana generasi kita makin ramai muak dan terabai akibat dari bijak pandai agama dan akademik bertelagah mempertahan siapa lebih islam. Akhirnya terlupa hingga banyak isu terabai.

Lihatlah apa sudah terjadi dengan kita semua? Adakah perjuangan kita semata-mata untuk memenuhi cita-cita peribadi kepada orang ditabsud oleh kita.

Kita tidak sedarpun atau terbuta dengan pentas politik yang semakin kabur hala tujunya. Kegairahan politik kita dilebarkan kepentas debat antara dua lawan sesama islam.

Dipentas pentas debat kita telah memperegukan antara bijak pandai agama mahu akademik. Persoalannya apa yang telah kita perolehi dari banyak pendebatan yang telah berlalu berkali-kali selama ini?

Tidak ada satu pentas debatpun memberi hasil berguna buat umat islam. Melainkan ini hanyalah salah satu pentas drama yang menengtukan siapa yang lebih islam dan siapa yang lebih bijak! Kesan yang paling ketara ujud dua puak bertelagah sambil menegak benang basah!

Di pentas inilah calon yang dipilih berdebat sanggup berdusta dari situasi sebenar yang berlaku diluar demi memenangkan pendebatan dan mengjaga maruah parti yang mereka wakili.

Tahniah! mereka yang acap kali berdebat, sehingga semakin besar jurang perpecahan sesama umat islam. Malah semakin membesar lagi titik kelemahan perpaduan yang boleh dimamfaatkan oleh musuh-musuh islam.

Musuh ini bukan sahaja ujud dari sekitar negara kita malah melibatkan kuasa-kuasa luar yang sanggup menyumbang dana demi mendapat habuan jahat mereka. Mungkin kesan pengambilalihan kuasa asing keatas hak keuntungan utiliti Indonisia, hasil dari kejatuhan mata wang pada 1997 boleh kita bandingkan sejenak untuk peringatan apa bakal terjadi jika kuasa asing berjaya bertapak didalam arena politik negara kita.

Jikalah situasi politik mencapai ketahap ini, alamat bumi dipijak milik orang dan bagaimana rupanya kita dengan islam melayu dipijak-pijak hingga lumat!....... Terserah kepada sesiapa mahu memikirnya jika kita sering bertelagah mempertahankan siapa lebih islam dan islam telah runtuh di negara tercinta ini. Akhirnya segala mengjadi semakin kalut dan lupus lagi satu-satu kuasa Negara Islam yang tinggal malah paling tinggi darjatnya berbanding mana-mana kuasa negara islam lain.

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments:

Isu Terkini

get this widget here