Jadilah Pengikut Pecah Palak Mikir

Thursday, 30 August 2012

Hanya Tinggal 2 Orang Di Dalam PAS Yang Masih Boleh Diharapkan

Inilah kebenaran situasi yang sedang berlaku di dalam PAS. Suasana di dalam sememang semakin berserabut malah cerca-merba antara tonggak utama PAS bermain-main bersama perasit yang kian bercambah.

Mereka tidak ubah seperti kekeliruan haluan antara membezakan mempertahankan prinsip perjuangan dengan mempertahan ketuanan DAP!

Sekarang hanya tinggal Nasrudin Mat Isa dengan dibela oleh Harun Din.  Hanya mereka berdua yang mungkin boleh membendung situasi PAS jika masih berada di dalam PAS.

Datuk Dr. Haron Din hari ini tampil mempertahankan Nasharudin Mat Isa apabila menegaskan gesaan bekas Timbalan Presiden itu agar Pas mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan adalah wajar dan bukan satu kesalahan.

Kenyataan Nasharudin yang menggesa parti mengkaji semula hubungan dengan pakatan sehingga mencetus polemik bukan satu kesalahan.

Saya melihat ia satu kewajaran kerana akhir-akhir ini Pengerusi DAP, Karpal Singh kembali mengeluarkan kenyataan yang amat keras dalam menolak hudud.

Bagi saya sebagai seorang pemimpin Islam, Nasharudin berjuang atas kapasiti yang ada pada beliau ketika membuat gesaan tersebut.

Sebagai parti yang mengamal demokrasi kenapa ia harus dilihat sebagai kesalahan. Saya tidak nampak ia satu kesalahan," kata pemimpin berpengaruh Pas itu ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Harun Din.

Persoalannya sejauh mana kemampuan Harun Din untuk melawan anasir perasit yang sedang bersedia setiap masa untuk memenuhi kehendak ketuanan DAP?

Ini bukanlah satu situasi baru tetapi lebih kepada satu sasaran yang telah lama dicari- cari oleh perasit. Apakah sejarah yang berlaku kepada Hasan Ali akan berulang.

Tidak mustahil sebenarnya kerana situasi Hasan Ali hampir sama dengan situasi Nasharudin Mat Isa. Malah kedua-duanya mempunyai kekuatan masing-masing yang boleh merisaukan DAP.

Apatah DAP dengan agenda Malaysian Malaysia boleh digagalkan andai masih ada terdapat suara yang kuat dalam PAS seperti Nasharudin Mat Isa.

DAP nampak sedang menguasai PAS, tetapi hakikat DAP masih juga memerlukan bantuan PAS. Apatah lagi DAP sememangnya berhajat mempunyai calon DAP berbansa melayu islam untuk dipertandingkan dalam PRU13.

Oleh itu, PAS boleh membentuk imej buat DAP untuk memperngaruhi undi dan minat melayu islam.

Yang paling menakutkan, mereka Nasharudin dan juga Hasan Ali, adalah jenis manusia yang jujur dan tulus kepada prinsip diperjuangkan mereka. Tampa menghiraukan nasib dan akibat bakal menimpa diri mereka, semata-mata untuk kepenting kepada tututan Islam.

Dengan situasi bergini adakah Nasharudin mampu dibela dari disingkirkan?

Published with Blogger-droid v2.0.8

4 comments:

Anonymous said...

sebenarnya harun din takut apabila nasha ditendang keluar dari pas. nasha akan bergabung dengan hasan ali dan akan menyerang pas bersama hasan ali. ini akan menyebabkan pas mungkin tewas dengan teruknya di dalam pru 13 nanti. demi menjaga maslahat ini maka harun din terpaksa mempertahankan nasha.

Anonymous said...

Nak ulas pun logiklah sikit! Jgn ingat rakyat ni bodoh sangat.

Anonymous said...

Hai biasalah puak2 pas bknnya blh terima yg mereka sememangnya berserabut

MMI said...

Blog Tuan sudah pun di Pautkan..Mohon utk blog MMI sama-sama berjuang di laman Tuan.Tk.

Isu Terkini

get this widget here