Sinonim dengan kehadiran bulan kemerdekaan ke 55 ini, pelbagai isu dan sentiviti berbangkit berdasarkan sifat dan pegangan patriotisme sesorang.
Kita yang bukanlah dari generasi yang menuntut kemerdekaan tetapi hanya generasi yang menyambung tradisi meraikan kemerdekaan.
Sebab itulah, perangai kebanyakan dari kita bercangah dengan tokoh yang bermatian, memperjuangkan dengan darah untuk merialisasikan kemerdekaan buat negara yang tercinta ini.
Inilah yang amat menyedihkan! Apabila generasi baru dididik dengan budaya dan sifat ahli politik yang hanya pandai memperalatkan hari kemerdekaan untuk agenda politik kotor yang menyemarakkan lagi unsur berpecah-belah antara kita.
Tidakkah kita boleh berhenti sejenak dari bertelagah dan duduk bersama bertafakur sebentar memahami pengertian sebenar kemerdekaan yang dibawa oleh para perjuang kemerdekaan.
Sepatutnya kita memupuk jati diri kepada generasi baru dengan pengertian bersatu hati mempertahankan kemerdekaan.
Sedih!! ketika ini bukan itu yang cuba diserapkan kepada generasi bakal pewaris mentabir dan mencorak pengisian kemerdekaan.
Sebalik mereka dimanipulasi dengan kesempatan hari kemerdekaan sebagai hari berpuak-puak berdasarkan pegangan politik sempit dan dibakar dengan api-api benci-membenci antara satu sama lain.
Wahal kita warga yang sama-sama layak menghayati dan menikmati kemerdekaan ini dengan aman.
Bukankah kita sepatutnya mengembeling semua tenaga yang ada tampa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik, untuk menghapuskan unsur berpuak-puak dengan digantikan dengan semangat cintai negara yang patriotsme.
Bukannya dengan mencari salah dan silap hal-hal remeh untuk mencemarkan hari Kemerdekaan ini!
Hentikan persengketaan ini dalam dunia berpuak-puak kerana ini bukan cara yang sesuai untuk pengisian kemerdekaan tetapi sebalik satu kaedah yang amat bahaya yang mampu memusnahkan kemerdekaan yang kita nikmati selama ini.
Inilah persoalan yang patut ditanya pada hati kita sama ada Menghayati Atau Mengkhianati Kemerdekaan dan Di Mana Kita?
No comments:
Post a Comment